Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

15 April 2010

dah tua bangka nak mampus baru jumpa cinta sejati.....poodah....!!!!

Raja Porno temui cinta sejati



HEFNER (tengah) menemui cinta sejati dengan Crystal (kanan).

LOS ANGELES - Setelah lama hidup berfoya-foya, pengasas majalah lucah Playboy, Hugh Hefner menyatakan dia kini telah menemui cinta sejati iaitu gadis Playboy, Crystal Harris, yang 61 tahun lebih muda daripadanya, lapor sebuah akhbar semalam.

Hefner, 84, yang digelar Raja Porno menyatakan dia mahu sehidup semati dengan gadis berkenaan.

Dia sebelum ini patah hati setelah kekasihnya, Holly Madison meninggalkannya pada 2008.

Sebuah rumah milik Playboy di sini menempatkan teman-teman wanita Hefner selain menjadi kediamannya.

Bagaimanapun, Hefner menyatakan dia mahu meninggalkan cara hidup lamanya kerana cintanya kepada gadis muda itu.

"Sejak beberapa tahun lalu, tanpa saya sedari, saya mula mengimpikan satu hubungan yang serius dan saya memperolehnya setelah menemui Crystal," kata Hefner.

"Walaupun usia kami jauh berbeza, kami mempunyai banyak persamaan. Kami serasi bersama," tambahnya. - Agensi

No comments:

Popular Posts