Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

02 April 2010

Din Beramboi meninggal dunia.... Jenazah nya Selamat Dikebumikan hari ini....



Din Beramboi menghiburkan para pendengar Era dengan personalitinya yang 'kelam-kabut', merapu dan gelagat lucunya

Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi.

Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.

al fatihah




Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.

Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.

‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini. - Utusan





















Isteri Allahyarham Din Beramboi, Suhaini Che Man (dua kanan) menabur bunga di atas pusara Allahyarham suaminya selepas dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan, Kepong dekat sini, hari ini.

Turut sama ialah ketiga-tiga anak Allahyarham, Nil Aina Adibah, 18 (belakang kanan), Nil Ain Syuhada, 6, (tiga kanan) dan Mior Shafiq,12 (tiga kiri). Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, meningggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang 12.30 pagi tadi setelah tiga hari dimasukkan ke hospital itu kerana demam denggi berdarah.



Jenazah pelawak dan penyampai radio popular Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, selamat dikebumikan pukul 10.40 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan di sini hari ini.

Lebih 100 orang sanak-saudara dan sahabat-handai termasuk peminat Allahyarham hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah.

Antara rakan artis yang hadir termasuk Aznil Nawawi, Azwan Ali, Faizal Ismail, Diana Danielle dan Zul Yahya.

Din Beramboi disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 12.30 malam tadi di Hospital Selayang di sini selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana mengidap Dengue Shock Syndrome sudah berada dalam keadaan kritikal sejak petang kelmarin.

mstaronline

No comments:

Popular Posts