Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

20 April 2010

Komandan kem beri ‘Tuan Muda’ lawat PKLN diberhentikan

Khidmat komandan Kem Cahaya Gemilang, Cherating di Pahang diberhentikan ekoran kesilapannya membenarkan remaja lelaki berusia 18 tahun yang menyamar sebagai anak angkat Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah melawat ke kem berkenaan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan disiplin tersebut dianggap wajar memandangkan perkara seperti itu yang terang-terang memalukan, tidak sepatutnya berlaku.

Justeru soal menuding jari kepada Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil tidak seharusnya timbul memandangkan kejadian itu bukan kesilapan beliau.

“Ini bukan satu kesilapan oleh dia (Abdul Hadi) kerana ia datang daripada komandan kem tersebut, maka ketua pengarah ketika itu berpendapat lawatan itu telah mendapat restu.

“Apabila kita mendapat tahu bahawa berlaku penyamaran di situ, maka kita mengambil tindakan disiplin terhadap komandan tersebut atas kesilapan yang telah dilakukannya,” katanya pada sidang media di Pameran dan Persidangan Pertahanan Perkhidmatan Asia 2010 (DSA 2010) di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata pihaknya kini akan lebih berhati-hati untuk “membuka pintu” dengan menilai dan menyiasat secara menyeluruh terlebih dahulu setiap permohonan oleh pihak luar untuk membuat lawatan ke kem-kem PLKN.

Katanya, masyarakat tidak sepatutnya meragui tahap keselamatan di kem-kem PLKN dan memberi jaminan tahap keselamatan di semua kem berada di tahap paling tinggi.

Dalam pada itu, beliau berkata Kementerian Pertahanan meletakkan syarat ketat kepada remaja tersebut untuk menjalani latihan di kem PLKN.

“Kita menawarkan untuk memberikan remaja itu kaunseling oleh pasukan perubatan Kor Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terlebih duhulu bagi mengetahui aspek-aspek psikologi terhadap peribadi beliau.

“Apabila ia telah selesai, barulah kita akan menentukan sama ada mahu menawarkan tempat untuk beliau mengikuti kursus di mana-mana kem PLKN,” katanya.

Remaja terbabit yang merupakan pelajar pintar dikatakan antara lain memperdayakan seorang exco kerajaan negeri Pahang dengan menggunakan gelaran “Yang Mulia Tuan Muda” dan mendakwa bahawa dia adalah anak angkat kepada Tengku Abdullah untuk memasuki kesemua kem PLKN di Pahang.

Bagaimanapun, penyamaran itu terbongkar apabila salah seorang pelatih PLKN di Kem Cahaya Gemilang, Cherating mengetahui identiti sebenarnya. — Bernama

No comments:

Popular Posts