Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

20 April 2010

Pindaan Akta JPJ: Kompaun RM1,000 jika lakukan kesalahan jalan raya

Kadar kompaun maksimum yang boleh dikenakan bagi mana-mana kesalahan jalan raya akan dinaikkan daripada RM300 kepada RM1,000 apabila pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987 dikuatkuasakan kelak.

Peruntukan itu adalah antara 51 Fasal pindaan yang terkandung di dalam Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Rahim Bakri di Dewan Rakyat, hari ini.

Antara pindaan lain yang dicadangkan termasuklah menaikkan umur kelayakan bagi memohon lesen memandu motosikal daripada 16 tahun kepada 17 tahun. Penalti bagi kesalahan melanggar umur kelayakan itu juga dinaikkan daripada tidak melebihi RM2,000 kepada tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM5,000.

Selain itu, pindaan akta itu juga bertujuan memasukkan seksyen baru 13A yang memperuntukan mana-mana orang yang didapati bersalah membuat, mengeluar, mengedar, menjual atau memasang plat nombor pendaftaran palsu boleh didenda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih RM50,000 atau dipenjarakan tidak kurang satu tahun dan tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Pindaan Akta JPJ itu turut menaikkan penalti bagi kesalahan tidak memperagakan plat nombor pendaftaran mengikut syarat yang ditetapkan daripada RM200 sebelum ini kepada tidak melebihi RM3,000.

Pindaan itu turut mencadangkan supaya mana-mana orang yang didapati bersalah kerana menyebabkan bahaya, halangan atau menimbulkan kesusahan yang tidak patut kepada pengguna lain jalan dikenakan penalti tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM5,000 atau dipenjara tidak kurang daripada satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, pindaan akta itu memasukkan subseksyen 117 (11) baru untuk menjadikan imej kesalahan lalu lintas yang dirakamkan melalui kamera boleh diterima sebagai keterangan, dan boleh menjadi bukti prima facie di dalam mana-mana prosiding mahkamah.

Turut dimasukkan adalah seksyen baru 27A mengenai pangkalan data pemandu bertujuan memudahkan sebarang maklumat termasuk notis mahkamah, penggantungan, pembatalan atau kehilangan kelayakan mana-mana orang untuk memegang atau mendapatkan lesen memandu dimasukkan ke dalam pangkalan data berkenaan.

Mana-mana orang yang lesen memandunya telah digantung, dibatal atau dihilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak boleh semasa tempoh digantung, dibatal atau kehilangan kelayakan itu memandu mana-mana kenderaan di jalan raya.

Mana-mana orang yang melanggar peraturan itu boleh didenda tidak kurang daripada RM3,000 dan tidak lebih daripada RM10,000 atau dipenjara tidak lebih tiga tahun. — Bernama



denda saja ke ?....tak ada penjara ke ? biar kita penuhkan penjara dgn pesalah trafik. baru malaysia boleh.

No comments:

Popular Posts