Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

03 April 2010

Tribunal Pengguna tiada kuasa dengar kes tipu pelaburan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menjelaskan bahawa Tribunal Tuntutan Pengguna (TTP) tidak mempunyai kuasa untuk mendengar kes tuntutan yang melibatkan penipuan dalam pelaburan.

“Kes-kes yang melibatkan penipuan dalam sebarang skim berbentuk pelaburan atau unsur-unsur perdagangan, sebarang tuntutan untuk mendapatkan ganti rugi atau hasil pelaburan atau pembatalan kontrak hendaklah dibawa ke Mahkamah Sivil,” menurut kenyataan kementerian itu.

Kementerian tersebut membuat penjelasan berikutan terdapat kenyataan yang dikeluarkan bahawa pelabur yang tertipu dengan skim pelaburan yang ditawarkan boleh merujuk kepada TTP untuk mendapat pembelaan dan membuat tuntutan terhadap kerugian mereka.

Ini berikutan laporan yang disiarkan bahawa kira-kira 50,000 pelabur kerugian lebih RM100 juta kerana menyertai projek pelaburan seperti ternakan cacing lintah, sarang burung layang-layang, lembu dan kafe ala kopitiam di seluruh negara sejak dua tahun lalu.

KPDNKK berkata tribunal hanya mempunyai bidang kuasa untuk mendengar tuntutan pengguna yang membeli, memperoleh atau mengguna barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh peniaga atau pembekal perkhidmatan untuk kegunaan sendiri atau isi rumah sahaja. — Bernama

No comments:

Popular Posts