Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

26 May 2010

hadiah hari guru...pecah gegendang telinga di tampar cikgu

KODIANG: Seorang murid Tahun Lima sekolah rendah di sini, berkemungkinan pekak selepas telinga kirinya ditampar seorang guru lelaki hingga menyebabkan gegendangnya pecah, Khamis lalu.

Selain pecah gegendang telinga, mangsa, Mohd Khairil Azry Zulkifli, 11, turut mengalami bengkak di dahi apabila kepalanya terhentak ke dinding selepas ditampar guru lelaki berusia 40-an dalam kejadian jam 12.45 tengah hari di Sekolah Kebangsaan Siputeh, Padang Sera, di sini.

Kejadian itu bermula apabila seorang guru wanita mengarahkan murid kelas itu, termasuk Mohd Khairil berpindah dari tingkat dua ke tingkat bawah blok bangunan sekolah itu yang sedang digunakan murid Tahun Tiga bersama guru lelaki terbabit.

Difahamkan tindakan Mohd Khairil memasuki kelas itu bersama tiga rakannya ketika guru lelaki itu masih berada dalam kelas berkenaan mengundang kemarahannya.

Berikutan itu, guru terbabit memarahi Mohd Khairil serta tiga murid lain sebelum menampar keempat-empat mereka. Seorang daripada mereka turut cedera ditampar.

Bapa mangsa, Zulkifli Romli, 45, berkata, beliau hanya mengetahui kejadian itu selepas isterinya, Che Waqi Baharom, 45, memberitahu ada kesan darah di telinga kiri anaknya yang mengadu sakit telinga.

“Isteri memaklumkan selepas balik ke rumah pada jam 1.30 tengah hari, anak saya tidak seperti biasa dan terus tidur sebelum mengadu sakit telinga. Saya mendesak dia memberitahu perkara sebenar sebelum mengetahui dia ditampar gurunya.
“Kami kemudian ke sebuah klinik di Arau, Perlis sebelum dirujuk ke Hospital Tunku Fauziah, Kangar pada jam 9 malam.

“Anak saya dirujuk kepada pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) yang kemudiannya mengesahkan gegendang telinga kirinya pecah, malah pemeriksaan juga menunjukkan anak saya mengalami masalah pendengaran,” katanya ketika ditemui semalam

No comments:

Popular Posts