Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

02 May 2010

kalau aku lah...tak ingin aku nak tolong....sendiri cari susah....nak menyusah orang lain pulak....

Gadai tanah pusaka bayar hutang ibu tiri

CARDIFF - Seorang peladang di Wales, Britain kehilangan estet pusaka seluas 100 hektar warisan keluarga sejak tiga generasi untuk membayar tuntutan hutang oleh ibu tirinya, Lidiya Shulga dari Ukraine yang suka berbelanja mewah.

Christopher Morgan, 34, berkata, wanita itu ialah isteri kedua mendiang bapanya, Keith Morgan, 58, yang diceraikan selepas enam tahun berkahwin kerana tidak tahan dengan sikapnya gemar membuat tuntutan.

"Kami bersusah-payah memajukan ladang ini bermula daripada kosong sehingga pernah muncul antara terbaik di Britain tetapi dia (Shulga) hanya tahu meminta itu dan ini," katanya.

Christopher semalam diarah oleh sebuah mahkamah di sini untuk membayar tuntutan Shulga yang berjaya mendapat harta berjumlah £115,000 (RM562,000). - Agensi

No comments:

Popular Posts