Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

02 May 2010

kerja ibadat UMRAH pun mau tipu juga... Jemaah Kedah kandas




JASIN – Hasrat 72 jemaah menunaikan umrah tidak kesampaian apabila mereka terkandas di sebuah hotel di Bandar Baru Jasin selama lapan hari sejak Khamis lalu.

Lebih memeritkan seorang daripada mereka sudah menjelaskan RM2,500 sebagai kos tambang pergi balik, termasuk penginapan semasa di tanah suci.

Wakil kumpulan bakal jemaah terbabit, Musa Abdul Rahman, 50, berkata, rombongan dari Langkawi, Kedah, itu sepatutnya berangkat ke Mekah pada 19 April lalu.

Namun, disebabkan tiada penerbangan ke Makkah pada hari berkenaan, agensi mengatakan mereka akan berangkat pada 23 April namun gagal.

Kali terakhir penerbangan ditangguhkan adalah 29 April.

“Kami cukup sedih apabila diberitahu tiada tiket penerbangan dan kemudiannya dibawa ke sini untuk sementara waktu.

“Kami berasa tertipu kerana terkandas selama lapan hari sejak Khamis dan impian menunaikan umrah musnah sama sekali.

“Saya merancang menunaikan umrah bersama isteri dan tiga anak,” katanya.

Menurut Musa, apabila kumpulan jemaah terbabit dibawa Bandar Baru Jasin, wakil agensi pelancongan memberitahu semua kos penginapan dan makanan ditanggung penuh syarikat berkenaan.

Namun, selepas lapan hari menginap, pihak pengurusan hotel memberitahu mereka tidak lagi menyediakan makanan kepada mereka yang terbabit.

“Dua hari lalu, wakil agensi ada datang melawat kami di sini dan menawarkan khidmat menukarkan wang saku kami dari Ringgit ke Riyal untuk perbelanjaan semasa di Makkah.

“Dianggarkan sejumlah RM18,000 telah kumpulkan pada hari berkenaan, namun sehingga hari ini, tiada sebarang perkembangan mengenai pertukaran wang berkenaan,” katanya.

Sementara itu, warga emas, Mariam Ilyas, 70, berkata, semangat untuk menunaikan umrah buat kali pertama punah sama sekali.

“Wang untuk menunaikan umrah ini adalah hasil pemberian anak-anak. Mereka menyuruh saya pulang ke rumah selepas mendengar masalah ini dan menuntut wang dikembalikan.

“Kini, makcik tiada wang untuk pulang selepas memberi RM1,600 kepada wakil agensi Rabu lalu untuk ditukarkan kepada mata wang Riyal,” katanya.

Pemandu teksi, Hat Mat Isa, 58, berkata, beliau menganggarkan kerugian sekitar RM3,000 dan lebih menyedihkan, wang berkenaan adalah hasil usaha dikumpulkan selama beberapa tahun sebagai pemandu teksi di Langkawi, Kedah.

“Saya bukan orang senang, bahkan ada jemaah hanya merupakan nelayan, orang kampung dan bekerja sendiri. Jadi wang simpanan ini sahaja untuk kami gunakan semasa mengalami kesukaran,” katanya.

Menurut Musa, kebanyakan jemaah terkandas tiada wang dan terpaksa mengumpulkan wang untuk menyewa bas bagi membolehkan mereka pulang ke Kuala Kedah dan seterusnya ke Langkawi.

Difahamkan, sebuah bas membawa pulang jemaah terkandas ke Langkawi berangkat kira-kira 9 malam semalam dari Bandar Baru Jasin.

No comments:

Popular Posts