Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

25 May 2010

Lagi buaya di pantai Malaysia, .....

Makin banyak buaya-buaya kelihatan di sepanjang pantai Malaysia akhir-akhir ini terutama di Negeri Sembilan dan Melaka. Apakah amaran yang ingin disampaikan oleh buaya-buaya ini ? Tsunami ? Banjir besar ? Ribut taufan ? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.


BUAYA berukuran 3.5 meter panjang muncul di  kawasan pantai Teluk Gong, Pengkalan Balak.

BUAYA berukuran 3.5 meter panjang muncul di kawasan pantai Teluk Gong, Pengkalan Balak.

Penduduk bimbang reptilia muncul di pantai Teluk Gong, Pengkalan Balak

MASJID TANAH: Orang ramai khususnya penduduk di Kampung Sungai Tuang Teluk Gong, kembali gempar apabila seekor buaya tembaga muncul secara tiba-tiba di kawasan pantai Teluk Gong, Pengkalan Balak, di situ selepas sekian lama tidak kelihatan.

Reptilia yang dianggarkan sepanjang 3.5 meter dan berwarna kuning keemasan itu dipercayai adalah buaya kedua muncul di situ selepas kali pertama, beberapa bulan lalu. Kehadirannya pada kira-kira jam 10.45 pagi itu menyebabkan kawasan berkenaan dipenuhi orang ramai.

Sidang Kampung Sungai Tuang, Yahya Zakaria yang turut menyaksikan kemunculan reptilia itu berkata, sebelum ini beliau sendiri pernah mendengar mengenai perkara itu namun kurang mempercayainya.

“Sebelum ini, saya memang tidak percaya dengan cerita penduduk. Sudah banyak kali mereka memberitahu tapi hari ini (minggu lalu) saya sendiri sudah melihat sendiri itu.

Memang panjang dan agak menakutkan. “Saya harap ia tidak akan mengganggu penduduk di sini dan pada masa sama, penduduk juga tidak mengganggu buaya ini. Tidak dapat dipastikan dari mana ia datang, yang pasti ia menimbulkan kebimbangan penduduk,” katanya.

Yahya berkata, kejadian penemuan buaya itu berlaku secara kebetulan ketika beliau dan beberapa penduduk kampung itu berada di pantai Sungai Tuang untuk melihat kerja pembinaan jalan di sepanjang kaki lima yang rosak akibat hakisan.

“Pada mulanya saya sangkakan sebatang kayu hanyut di tengah laut sebab jarang ada benda lain di permukaan pantai ini. “Tapi lama-kelamaan hati saya rasa tak sedap dan selepas beberapa minit tiba-tiba benda panjang tadi menghampiri bibir pantai dan menampakkan rupa bentuknya yang sebenar kepada kami semua di sini,” katanya.

Yahya berharap pihak berkuasa, khususnya Perhilitan akan dapat mengambil tindakan segera bagi mengesan aktiviti reptilia terbabit di kawasan berkenaan. Katanya, kehadiran buaya sememangnya sentiasa menarik perhatian ramai, namun ia mungkin boleh menimbulkan bahaya jika tidak ditangani dengan baik.

Penduduk, Faizal Khairuddin, 27, berkata, beliau pada mulanya melihat reptilia itu bergerak perlahan menyusur pantai dari arah pantai Telok Gong menuju ke Sungai Tuang, tidak jauh dari situ. Katanya, kehadiran buaya ini memang menarik perhatian ramai seperti sebelum ini juga.

“Cuma kebimbangan kita, jika buaya ini tiba-tiba naik angin ia, boleh membahayakan orang ramai. Pihak berkuasa perlu berbuat sesuatu bagi menangani perkara ini,” katannya.

No comments:

Popular Posts