Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

27 June 2010

cermin ajaib

BERGELUT dengan pakaian baru di bilik persalinan yang kecil? Ia pasti pengalaman yang tidak selesa, lebih-lebih lagi apabila berdepan masalah zip, tanda harga dan penyangkut pada baju yang ingin dicuba.
Kedai seumpama itu mungkin wujud tidak lama lagi, hasil teknologi penglihatan yang dinamakan Cermin Ajaib.

Ia sebenarnya bukan sebuah cermin, sebaliknya sebuah skrin gergasi komputer yang boleh dikendalikan dengan hanya menyalurkan isyarat atau sentuhan.

Pusat sistem berkenaan ialah beberapa kamera yang dihubungkan pada sebuah komputer di depan dan tepi pembeli.

Kamera berkenaan menghantar imej kepada komputer yang serta-merta berupaya mengenal pasti saiz dan jantina pelanggan.

Ia kemudian menyesuaikan imej tubuh pelanggan dengan pelbagai jenis dan fesyen pakaian yang dipilih dengan memaparkan di skrin.

Pelanggan juga boleh memilih pakaian seperti biasa dan satu cip komputer dalam pakaian itu akan memaklumkan kepada komputer mengenai fesyen, saiz dan warna yang ada.

Imej pelanggan dengan mengenakan pakaian yang dipilih itu akan muncul pada cermin berkenaan.

Cermin Ajaib itu dicipta oleh syarikat Britain, C-InStore, yang mengharapkan dapat menjalankan ujian secara besar-besaran dalam masa dua atau tiga bulan lagi.

Teknologi baru itu adalah usaha peruncit untuk memastikan pembeli kekal membeli di kedai daripada menyertai gaya membeli secara on-line yang kini semakin meluas.

Pengarah Urusan C-InStore, Duncan Clapman berkata: “Ia menyeronokkan selain menjadi gimik baru. Cermin Ajaib adalah satu perisian interaktif yang ada banyak faedah untuk perniagaan, termasuk daripada segi mengurangkan masa menunggu pelanggan yang mungkin sibuk dan hanya ada masa ketika waktu makan dan perlu segera kembali ke pejabat bagi menyambung kerja.

“Ia juga boleh menarik pelanggan lelaki yang tidak gemar menghabiskan masa berulang ke alik ke bilik salin pakaian.” Menurut Clapman, Cermin Ajaib setakat ini berjaya menarik minat beberapa peruncit.

“Kami menerima beberapa pesanan daripada peruncit,” katanya.

Clapman berkata, skrin cermin itu juga boleh digunakan sebagai papan iklan yang akan berubah bergantung kepada jantina pelanggan yang melintasi di depannya.

Seorang suami yang menanti isterinya membuat bayaran juga boleh menggunakan skrin itu untuk bermain permainan komputer.

Dengan kehadiran Cermin Ajaib kelak, pembeli tidak mungkin lagi berbaris panjang untuk menanti giliran di depan bilik persalinan atau berebut mencuba pakaian yang hendak dibeli.

No comments:

Popular Posts