Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

22 June 2010

mak oiii....dalam penjara pun boleh makan orang...nampaknya penjara dah jadi tempat cannibal melepaskan tekanan mental

Lelaki Ini Bunuh & Makan Paru2 Rakan Sebilik di Penjara Perancis




Banduan “kanibal” memberitahu mahkamah bahawa dia membunuh rakan sebiliknya di penjara dan memakan sebelah paru-parunya kerana “he gave me a dirty look”.

Tertuduh Nicolas Cocaign, 38, berhadapan dengan hukuman penjara seumur hidup kerana mendera dan membunuh Thieerry Baudry, 41, di dalam sebuah bilik di penjara yang terletak di Rouen, Perancis.

Menurut Cocaign, punca pertelingkahan mereka adalah disebabkan oleh isu kebersihan diri. Cocaign juga berang kerana Baudry sering menghalang tandas yang dikongsi oleh mereka berdua dengan kertas.

Pergaduhan tercetus dan Cocaign dikatakan telah menumbuk mangsa bertubi-tubi di muka dan di perut sebelum menikam mangsa dengan gunting. Cocaign kemudiannya telah melemaskan mangsa dengan plastik sampah sebelum memakan organ mangsa.

Semasa perbicaraan di mahkamah, Cocaign mendakwa dia teruja dengan “inner workings of Baudry’s personality” dan “wanted to take his soul”, kemudiannya mengaku bahawa dia tertanya-tanya akan “rasa” mangsanya itu.

Menurut keterangan mahkamah, Cocaign cuba memakan organ tersebut secara mentah sebelum bertindak menggorengnya bersama-sama dengan bawang, minyak zaitun, garam, dan lada hitam dengan menggunakan peralatan memasak yang dibekalkan kepada banduan.

Seluruh kejadian ngeri ini disaksikan oleh rakan sebilik ketiga Cocaign, iaitu David Lagrue, 36, yang sebelum itu mencuba untuk meleraikan pergaduhan antara Cocaign dengan Baudry. Lagrue akhirnya membunuh diri pada November 2009 kerana tekanan dan trauma terhadap kejadian yang berlaku.

Cocaign sebelum kejadian ini ditahan atas kesalahan rompakan bersenjata dan sudah berkahwin serta memiliki dua orang anak. Peguam bela Cocaign menegaskan bahawa anak guamnya mengalami “severe psychological problems” dan sepatutnya berada di institut psikiatrik dan bukannya di penjara.

Kalau anda fikir anda ganas dan kejam, ada orang lagi ganas dan kejam daripada anda! GILA!



Lanjut sila rujuk di sini.

No comments:

Popular Posts