Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

23 July 2010

jantan sonsang dapat tinggal di UK

Fatine songsang dapat visa tinggal di UK


KUALA LUMPUR - Setelah lebih setahun berusaha, akhirnya jurusolek songsang kontroversi, Mohammed Fazdil Min Bahari, 37, berjaya mendapatkan visa untuk menetap di United Kingdom (UK).

Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Mohamad Fadzil atau nama glamornya Fatine Young dalam entri terbarunya di laman sosial Facebook.

Entri terbarunya itu antara lain berbunyi: "Perjuangan sudah berakhir, berita baik, saya memenangi kes itu, saya boleh tinggal di UK."

Keterujaannya itu turut mendorong dia mengumumkan hal yang sama dalam laman Right To Stay Together yang dibangunkan bersama 'suaminya', Ian James Young.

Fatine, seorang lelaki, sebelum ini dilaporkan memasuki Britain dengan menggunakan visa pelawat dengan had tempoh enam bulan dan telah membuat tiga kali rayuan untuk terus tinggal di sana bersama pasangan sejenisnya.

Kisah Fatine menjadi bualan hangat setelah dia mengaku berkahwin dengan seorang lelaki Inggeris yang juga pemilik syarikat penyelenggaraan hartanah di UK, Ian, 31, dalam satu majlis sivil di Pejabat Pendaftar Derby pada Jun tahun lalu.

No comments:

Popular Posts