Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

14 July 2010

lubang dah kebulur....Kereta 'ditelan' lubang




LUBANG terbentuk dekat flat yang didiami oleh Sandy Burnham di Tampa, Florida.

TAMPA, Florida - Seorang wanita, Sandy Burnham terkejut apabila dia mendapati keretanya hilang akibat ditelan sebuah lubang besar di kawasan letak kereta di flat kediamannya pada waktu pagi, lapor sebuah akhbar semalam.

Kereta itu ditelan ke dalam lubang sedalam 3.04 meter dengan menyebabkan 11 penghuni flat tersebut terpaksa berpindah.

"Anda tidak menjangkakan melihat kereta anda ditelan lubang. Ia seperti seseorang mengambil dan membuang kereta itu ke bawah (dalam lubang)," kata seorang pekerja kedai.

Beberapa pegawai perancangan menyatakan bangunan dekat dengan lubang itu tidak stabil untuk didiami dengan menyebabkan Sandy dan suaminya, Sean terpaksa berpindah.

Ketua Jabatan Bomba, Frank Fernandez yang pergi ke tempat kejadian pada Ahad lalu berkata, lubang itu semakin membesar.

Namun, berita tidak menggembirakan buat Sandy ialah pihak insurans tidak menyediakan pembiayaan terhadap kereta berusia 15 tahun miliknya itu.

Tanpa kereta itu, Burnham tidak dapat pergi bekerja manakala suaminya tidak mempunyai sebarang pekerjaan. - Agensi

No comments:

Popular Posts