Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

19 July 2010

Tiga juta berpesta di lebuh raya




GAMBAR menunjukkan 20,000 meja disusun di lebuh raya yang menghubungkan Dortmund dengan Bochum di barat Jerman semalam


BERLIN - Seramai tiga juta penduduk berpesta di sebuah lebuh raya di Jerman dengan sebahagian daripada mereka duduk di tepi meja sepanjang 60 kilometer semalam.

Menurut seorang jurucakap festival, Oliver Haenig kehadiran penduduk yang ramai itu adalah untuk meraikan satu pesta kebudayaan di sebuah lebuh raya yang menghubungkan Dortmund dengan Bochum di barat Jerman.

Pesta kebudayaan yang disambut oleh penduduk itu merupakan sebahagian daripada festival bagi meraikan wilayah Ruhr.

Lebuh raya itu pada kebiasaannya sibuk dengan kenderaan.

Dia berkata, berpuluh-puluh ribu orang duduk di meja yang dianggap oleh pihak penganjur sebagai yang terpanjang di dunia. - AP

No comments:

Popular Posts