Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

03 August 2010

AWAS !!...............Penipu Hartanah

Kisah bermula pada petang Ahad 11 Julai 2010 yang mana seorang yang memperkenalkan namanya sebagai KAMAL (umur anggaran 40an) menelefon saya (No telefon saya senang je dapat kerana saya ada gantung papan iklan ' tapak kedai untuk di sewa sila hubungi 012 763xxxx)'

Permulaan kisah si Kamal ni telefon (no Telefon nya 019-6935398) tanyakan berapa kadar sewa ? saya jawab RM2000 boleh runding untuk 2 unit @ kalau 1 = RM1000 perbualan petang ahad tu ringkas je " OK lah nanti saya akan bincang dengan Bos Saya " kata Kamal

Esoknya lebih kurang jam 11 pagi si Kamal ni Hubungi saya lagi katanya dia nak jumpa saya untuk bincang pasal sewaan semalam masa itu saya dengan wife dok kat T Merah Kelantan kata saya ok la tapi "u ni dok kat mana sekarang ? katanya KB dan jangka sampai kat Machang jam 12.++ , lebih kurang jam 12.30pm saya tanya dah sampai Machang? katanya dah tapi hari ni jalan Jem kerana ada pasal Minggu, Saya Tanya U kat mana Tu? "Depan Agro Bank Machang" kata Kamal kata saya "U tunggu Situ, kejap lagi saya datang" saya pergi kat AgroBank Machang dengan KAPCAI je apabila sampai saya angkat telefon nak tanya kat mana Kamal ni dok , saya belum kenal dan ini kali pertama saya akan jumpa dia , sebaik saya Call seorang Angkat tangan saya terus tanya "En Kamal?' "ya" katanya saya ajak minum kat warung untuk bincang pasal sewa tadi.

Isi perbincangan lebih kurang begini " Premis yang akan di sewa untuk Proses sarang burung Walit dan sewa yang dipersetujui RM1800 tetapi dalam perjanjian RM2000 (Rm200 untuk Kamal ,perjanjian akan di urus oleh rakannya dan dipersetuji oleh 'Bos'nya" kata kamal) ,saya setuju pada dasar nya " tapi kalu dihat pada perbualan itu nampak logik je

Petang Selasa 13 Julai 2010 saya di hubungi sekali lagi oleh Kamal menggunakan no sama iaitu 019-6935398 intipatinya Kamal akan datang kat Machang bersama 2 kawannya untuk bincang terakhir sebelum bincang dengan ‘Dato’ janji akan jumpa saya di machang pada Rabu 14 julai 2010

Rabu 14Julai 2010 kira2 jam 9.00am saya dihubungi oleh Kamal untuk jumpa saya di Restoran Café 911 sebelah CNI centre Machang Saya ke Café 911 di dalam café Kamal bersama dengan 2 rakannya sedia menunggu , saya menghampiri dan terus bersalaman dengan mereka bertiga rakan Kamal tadi satunya dikatakan bernama Omar telah beruban yang berumur 54 tahun (akan bertindak sebagai mastermind) dan seorang lagi pemuda tinggi lampai umur anggaran 30an bertindak sebagai pembantu , isi perbincangan hari masih lagi perkara nak sewa bangunan saya dan projek ubah suai untuk proses sarang burung walit ,

Omar lah yang banyak cakap sekarang dan berjanji untuk temukan saya dengan seorang ‘Dato’ (digambarkan sangat kaya dan mampu apa saja) ,dalam perbualan pagi ini Omar menyelitkan satu perkara (yang akan jadi perkara utama seterusnya) iaitu dia akan jumpa seseorang kat Pasir Mas selepas ni , kerana ‘Dato’ tadi ada menyewa tanah orang ni kat Kelang Selangor tetapi telah tamat tempoh sewaan dan tanah tersebut akan dijual katanya tuan tanah ada kecemasan dan nak dijual segera tanah tersebut. Cerita jadi makin pening

Jam lebih kurang 6.40pm Rabu 14 julai saya dihubungi sekali lagi oleh Kamal katanya ‘Dato’ yang nak sewa premis saya tu nak jumpa saya kat Mc Donald Wakaf Che Yeh Jam 8.30am Khamis 15 Julai 2010.

Khamis 15 Julai 2010 lebih kurang jam 8.20am saya bersama isteri dan seorang anak OKU tiba di Mc D Wakaf Che Yeh ( dah jadi sifat saya akan tiba lebih awal dari waktu perjanjian –InsyaAllah) lebih kurang 5 minit sebelum tiba di Mc D saya dihubungi oleh Omar pertama kali melalui tel. no 010-2665319(No.Omar) tanya “lambat lagi ke?” saya kata “kejap saya akan sampai –insyaAllah” setibanya saya di sana telah menunggu orang yang sama seperti semalam Kamal,Omar dan pembantunya . saya tanya “mana ‘Dato’?” kata Omar “dalam perjalanan” dalam pada tu Omar pelawa makan apa? Saya ambil order – Tea Panas 2 (1 utk isteri) anak OKU saya order minuman berkarbonat.

Lebih kurang 10 minit kemudian datang seorang cina ,Si Omar memperkenalkan kepada saya cina ni mualaf dan dialah orang yang dikatakan nak jual tanah kat Kelang , Inilah pokok cerita sebenarnya hal premis saya tadi cuma sebagai umpan untuk menarik saya ke kumpulan mereka itu semua pemanis tetapi BUKAN perkara sebenar, si cina Mualaf tadi menujukkan kepada Omar dokumen berkaitan tanah kat Kelang ( geran asli – pada pandangan saya, surat kuasa yang dikatakan tanah tersebut boleh bertukar tangan bila2 masa sahaja- memang ini juga Nampak asli)

si Omar tunjukkan kepada saya semua dokumen yang di bawa oleh Mualaf tadi , saya hanya tengok sambil lewa sahaja kerana saya tidak menyangka yang mereka akan libatkan saya, Cina Mualaf tadi meletakkan harga RM500K untuk tanah 3 ekar lebih, kata saya “dengan harga tu amat murah kerana kalau kat Wakaf Che Yeh satu ekar pun dah lebih RM1j” si Omar menyuruh Mualaf tadi keluar kejap kata omar “ u keluar kejap 30 minit lebih kurang u datang balik la kerana tanah tu kami akan cari buyer”,

sebelum Mualaf tadi keluar si Omar tanya berapa banyak dia akan bagi sebagai komisen,Si Mualaf cakap “2%“ sebaik Mualaf tadi keluar Omar terus beri cadangan supaya saya mengaku kepada Dato nanti yang Mualaf tadi kawan saya dan tanah tu untuk dijual dengan harga RM800K , kira-kira 5minit kemudian datang seorang Cina lain pula yang badannya agak besar , Si Cina besar masuk terus beri salam kepada saya “Assalamualaikum !” katanya saya jawab salam “wa alaikum salam!” .

Cina ni menyatakan yang dia terpaksa jalan kaki sikit kerana drebar terlupa isi minyak Si Omar terus memperkenalkan kepada saya “ Inilah Dato’ “ si Omar cakap “ Dato , ini lah tuan punya premis yang kita aka sewakan, “ Sewanya sebanyak RM2K sebulan dan kita akan bayar secara ‘lumpsum’ untuk 2 tahun iaitu sebanyak RM48K” ‘sedap bunyinya ye’ si Dato tadi terus cakap “ok setuju” “so bila kita akan buat pembayaran” tanya si Omar ini “Saya akan keluar negeri nanti saya balik saya akan bayar” kata si Dato , saya tanya “keluar negeri ke mana?” “ Singapura” kata si Dato , ‘saya rasa nak tergelak tapi di pendam saja’ “Isnin saya balik kita jumpa sekali I dan buat pembayaran RM48K tu” sambung si Dato lagi, saya kata “pukul berapa agaknya hari Isnin tu “ jawab si Dato “petang” , kata saya “petang tak dapat kalau pagi ok” “kalau begitu selasa pagi lah” sambung si Dato lagi, ( bunyi macam mudah saja saya akan dapat duit – di sebaliknya mereka ingin bayangkan yang si Dato ni memang Genuine) ,

Si Omar terus mencelah “Dato Encik ini ada kawan nak jual tanah kat Kelang” saya dengan selamba menghulurkan salinan geran tanah Mualaf tadi “ Berapa dia mahu jual ?” tanya si Dato , saya jawab “RM800K” si Dato macam tak dengar saya dia terus berkata “ ooo tanah ni saya sanggup bayar RM900K” tiba-tiba si Kamal yang dok diam saja dari tadi berubah rupa merah padam muka nya di sini nampak bibit-bibit penipuan , ekoran saya cakap “RM800K” si Dato pula dengan tiba-tiba tersalah cakap “RM900K” saya dan yang lain buat tak kisah je , si Dato terus cakap “nanti sekembalinya dari luar negeri dia akan settle kan semuanya RM900K harga tanah + RM48K sewa premis saya “ , sedap bunyinya sewa RM48K hanya sekelumit berbanding untung hasil jualan tanah RM400K,

si Omar terus tanya Dato “komisennya berapa?’ , “2%” kata si Dato , Si Dato buat-buat ‘loghat’ kesuntukan masa kerana takut ketinggalan flight ke luar Negara si Dato terus minta diri , Si Omar terus mencelah “nanti si tuan tanah minta pendahuluan bagaimana?’” “saya tak banyak bawa cash, ambil ni dulu” dikeluarkan dari dalam begnya RM5000 x 6 ikatan=RM30000, ini proses mengabui mata saya untuk menyatakan si Dato ni benar-benar berduit , sambung si Omar “ Dato kalau dia minta 10% macamana?” , “ Duit dengan awak ada berapa lagi ?” tanya si Dato, “Ada 40K lagi” jawab Omar , ini untuk membukti bahawa si Omar dan Dato adalah orang yang boleh di percayai dan mereka benar-banarb ada wang – “Kalau begitu tambah dengan yang sudah ada jadi RM70K , nanti saya balik dari luar Negara saya ‘settle’ yang bakinya “ jelas Si Dato untuk meyakinkan saya.

Beberapa minit kemudian Si dato meninggalkan kami , demi meyakinkan yang saya akan masuk perkongsian ini , si Omar menyuruh pembantunya supaya pergi tengok sama ada dah pergi kerana mereka akan panggil si Cina Mualaf masuk , lelaki yang berlagak sebagai pembantu keluar kejap dan datang balik “ Dato dah pergi dah , ‘Tayar pancit’ , drebar Dato dah tukar dah”kata pembantu, – kenyataan berbeza antara Si Dato tadi dengan pembantu mereka .

Tak sampai 5 minit kemudian masuk si Cina Mualaf, si Omar terus menyatakan yang tanah tersebut akan dibayar ,”Ambil ni RM30K sebagai deposit , dan u tinggalkan semua dokumen yang bakinya kami akan jelaskan besok” kata si Omar kepada Si Cina Mualaf , Si Cina Mualaf tunjuk muka gusar dan terus bersuara” Saya tak boleh terima RM30K ,saya ada masalah”, “kalau begitu saya tambah lagi RM20K supaya jadi 10%” kata si Omar pula , “ Tak boleh , sebenarnya saya perlukan RM300K untuk bayar kos perubatan mertua saya yang bermasalah buah pinggang” sahut si Cina Mualaf, “ Kat mana nak tukar buah pinggang” tanya saya , “Singapura” jawab Si CIna Mualaf , “kenapa tak di India, kan lebih murah” cadang saya , “ tak sepadan” kata Si Cina Mualaf lagi , Si Omar kemudian menyuruh si Cina Mualaf dengan tujuan untuk bincang tentang pendahuluan RM300K,

Apabila si Cina Mualaf keluar terus si Kamal mencelah “kita akan dapat untung RM400K nanti apa salahnya kita pinjam dari ‘Ah Long’ “ isteri saya yang diam sejak dari awal mula bersuara, “Apa ni nak babitkan suami saya dengan ‘Ah Long –Ah Long ni’, kan tadi suruh datang nak bincang tentang sewaan premis kami “ , “Bukan begitu kak duit 2% = RM10K dari si Cina Mualaf kami akan bagi kepada adik ni (anak OKU saya) , yang 2% = RM18K dari Dato untuk si pembantu dan yang untung RM400K nanti akan dibahagi antara saya , Omar dan Kamal “ kata Omar , “Tak apa lah Encik dan Kak balik dulu nanti petang saya akan hubungi “ tambah si Omar lagi.

Dalam perjalanan pulang 2 kali si Omar hubungi saya bertanyakan sama ada saya dah sampai rumah, lebih kurang jam 12 tgh saya sampai rumah, saya rasa tak sedap hati dan mula mengsyaki mereka ini adalah penipu –sangkaan saya , saya ke Ibu Pejabat Polis Daerah, machang, di IPD machang saya mulanya bertanya khabar tentang ‘ Apakah Modus Operandi’ penipu mengikut rekod IPD, di IPD Machang, saya ceritakan kepada seorang Inspektor ‘A’ ,sebagaimana cerita saya mulai Ahad 11 Julai 2010, dalam saya menceritak perihal tersebut Si Omar menghubungi saya “ Encik ,duit deposit untuk Cina Mualaf dah dapat kita kumpul ,Cuma tak cukup RM20K lagi, minta Encik tolong ya” “ooo nanti, saya akan bincang dengan isteri saya” saya cuba yakinkan si Omar –perbualan ini didengari sama dengan Tuan Inspektor kerana saya ‘loud speaker’ handphone nokia 1120 saya , ekoran itu Tuan Inspektor menghubungi pegawai polis di IPK Kelantan –cawangan jenayah perdagangan.

Tuan Inspektor menjelaskan pokok perkara, sejak awal penceritaan saya sehinggalah saya dihubungi Si Omar , sejak dari itu saya bertalu-talu dihubungi oleh Si Omarbertanyakan bila boleh saya sediakan wang tersebut, saya berulang kali pula membuat berbagai helah untuk perangkap geng tersebut si Omar memberi no akaun Public Bank Berhad 4407134313 atas nama Wong Chun Keong salah seorang geng nya supaya saya memasukkan wang , janji si Omar apabila saya masukkan wang ke akaun tersebut si Omar akan terus bawa dokumen tanah tadi untuk saya serahkan kepada si Dato , yang mana si Dato akan jumpa saya dan bawa wang RM900K = Wow hebat akan untung besar lah saya , bagi saya itu semua tipu helah

oleh itu setiap kali si Omar hubungi saya ,saya cuba meyakinkan mereka bahawa wang tersebut sedia untuk diserahkan kepadanya tetapi akan diserahkan secara ‘mutual’ dan bertukar tangan wang dan dokumen, tapi mungkin perangkap saya telah dihidu mereka,macam-macam alasan si Omar bagi, ‘sekarang di Kemaman dah dan hendak ke KUANTAN la’.

Perangkap yang dipasang tak Berjaya, esoknya Jumaat 16 Julai 2010 saya bersama tiga pegawai polis dari IPK Kelantan cawangan Jenayah Komersil ke Mc D Wakaf Che Yeh , di sana kami mendapatkan kebenaran ‘Bos’ Mc D untuk melihat CCTV , semua mereka ada dalam CCTV dan terserah kepada pihak polis untuk meneruskan siasatan, AWAS JANGAN TERPEDAYA DAN TAMAK APABILA BERTEMU DENGAN MEREKA INI"



tokngah

No comments:

Popular Posts