Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

25 August 2010

Ferrari termakan sumpah.....????



LONDON: Kereta model terbaru Ferrari berdepan dengan masalah misteri apabila 10 daripadanya terbabit dalam kemalangan atau terbakar.
Sepanjang tiga bulan lalu, enam kereta Ferrari 458 Italia yang berkelajuan 320 kilometer sejam itu terbabit dalam kemalangan, tiga terbakar dan satu lagi musnah dalam kebakaran sebuah gudang.

Setakat ini, tidak ada masalah teknikal yang ditemui pada kereta berharga £170,000 (RM850,000) itu.Pemilik kereta itu seolah-olah ditimpa nasib tidak baik.
Model berkenaan dilancarkan musim bunga lalu.

Hos siri Top Gear, Jeremy Clarkson menyifatkannya sebagai antara yang ‘paling hebat’ pernah dihasilkan Masalah yang dihadapi model baru Ferrari itu disiarkan dalam laman web www.wreckedexotics.com, yang mengumpulkan semua maklumat mengenai kemalangan kereta super, termasuk Lamborghini, Porsche and Bugatti.




Pengasas laman itu, Greg Carlson berkata: “Saya tahu akan ada kemalangan tetapi saya tidak menjangka ia terlalu banyak. “Ia bukan perkara luar biasa bagi model eksotik baru untuk bermula dengan beberapa kemalangan.

“Pemilik begitu teruja untuk memandu kereta baru dan ada di kalangan mereka yang memandu menjangkau tahap kemahiran mereka. “Tetapi, jumlah model Ferrari 458 itu yang terbabit dalam kemalangan adalah lebih tinggi daripada kadar biasa,” katanya.

Kemalangan pertama berlaku di Wroclaw, Poland pada 20 Mei apabila pemandu yang dipercayai berusia 20 tahun terbabas ketika mengelak sebuah bas, lalu merempuh sebuah kereta Volkswagen.

Dua minggu lalu, kemalangan pertama membabitkan kereta model itu di Britain berlaku apabila ia melanggar penghadang jalan raya di Marlow, Buckinghamshire.

Seorang jurucakap Ferrari enggan mengulas sama ada kereta itu bermasalah, sebaliknya berkata, pihak syarikat akan menyiasat.

Kereta rekaan syarikat terkenal, Pininfaring itu , dilengkapi enjin V8 4.5 liter. - Agensi

No comments:

Popular Posts