Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

17 August 2010

kasih sayang yang terlampau dan melampau...tak sedar diri buat perangai lagi tapi sanggup di jamin lagi....

Wook jamin RM2,000


WOOK mengiringi Mohd. Nor selepas membayar wang jaminan kes dadah suaminya itu di Mahkamah Majistret di Hulu Terengganu semalam.

HULU TERENGGANU - Demi perasaan sayang kepada Mohd. Nor Musa, 38, warga emas berusia 108 tahun, Mek Wook Kundur sanggup menghabiskan duit simpanannya sebanyak RM2,000 untuk menjamin keluar suaminya itu yang ditahan sekali lagi kerana kes dadah.

Menurut Wook, duit simpanan untuk sambutan Aidilfitri itu terpaksa dikorbankan demi untuk berpuasa dan beraya bersama Mohd. Nor yang baru sahaja dibebaskan dari pusat pemulihan di Sungai Besi, Kuala Lumpur bulan lalu.

Semuanya dilakukan Wook demi Mohd. Nor yang sekali lagi ditahan kerana dipercayai mengambil dadah dalam satu operasi polis di Kampung Pasir Tinggi dekat sini kira-kira pukul 10.30 pagi Khamis lalu.

Majistret Mahkamah Hulu Terengganu, Azman Mustapha membenarkan Mohd. Nor diikat jamin selepas kesnya disebut oleh Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Tuan Rosmah Tuan Husain di sini semalam.

Selain itu, Majistret turut menetapkan 10 Oktober ini sebagai tarikh pendakwaan kes tersebut.

Pada 7 Julai tahun lalu, Mohd. Nor pernah ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) atas kesalahan sama dan ditahan di Pusat Penagihan Narkotik (Puspen) Sungai Besi sebelum dipindahkan ke Puspen Besut.

Jelas Wook, biarpun dia kecewa dengan perbuatan suaminya itu, namun kerana sayang dan tidak mahu menyambut Aidilfitri dan berpuasa sendirian seperti tahun lalu, dia terpaksa mengorbankan simpanannya.

"Dia tetap suami tok dan tok tetap sayang walau apa pun yang dia buat.

"Tapi tok rasa sedih fikirkan apa yang dia buat sebab tok ingatkan dia dah insaf," katanya ketika ditemui dekat sini semalam.




banggang punya mamat nie....nampak sangatlah tak tau menilai lansung erti kasih sayang sejati...selayaknya mamat nie tidak harus di beri muka lagi...nampak sangatlah sifat pengikis beliau yang bertopengkan kasih sayang kununnn....poodahhhh...!!!

No comments:

Popular Posts