Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

28 August 2010

macam macam hal.....68 tahun menanti sijil lahir



TAIB (kanan), ceria selepas menerima sijil kelahirannya di samping Wali Mohamed di Melaka semalam.

MELAKA – Disebabkan lahir di dalam hutan semasa pendudukan tentera Jepun 68 tahun lalu, seorang warga emas tidak mempunyai sebarang pengenalan diri.

Keadaan ini menyebabkan Taib Abdullah menghadapi pelbagai kesulitan dalam hidup.

Namun semalam merupakan detik gembira buat Taib apabila buat pertama kali dia memegang sijil kelahirannya sendiri yang berjaya diperoleh hasil bantuan Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) Melaka.

Adik tirinya, Wali Mohamed Abd. Rahman, 57, berkata, arwah ibunya, Sembot Abdullah memberitahu bahawa Taib dilahirkan di dalam hutan berhampiran Serom, Muar, Johor ketika negara di bawah penjajahan Jepun pada tahun 1942.

“Disebabkan abang saya dilahirkan di dalam hutan, tiada sebarang laporan dibuat selepas itu menyebabkan dia tidak mempunyai sebarang pengenalan diri,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis pemberian sumbangan daripada Pembela BN yang disampaikan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di sini semalam.

No comments:

Popular Posts