Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

17 August 2010

Sahur 'percuma' selepas terbabas



KEADAAN kereta yang terbalik selepas melanggar tiga pokok di Alor Setar, semalam.

ALOR SETAR - Ketika umat Islam sedang membuat persiapan untuk bersahur, tiga lelaki nyaris maut apabila kereta yang mereka naiki terbalik selepas terbabas memasuki halaman sebuah rumah di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 4.15 pagi, kereta Proton Wira Aeroback itu terbabas ke halaman sebuah rumah di sini selepas merempuh pokok rambutan, pokok kelapa dan pokok mangga, dan terbalik.

Tuan rumah, Syed Yusof Syed Omar berkata, sewaktu kejadian dia mendengar bunyi kereta yang dipandu laju dari arah Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim menuju ke Kepala Batas.

"Saya terdengar bunyi dentuman yang kuat seperti menghempap rumah. Saya tunduk dan memejam mata kerana menyangka sesuatu yang buruk akan berlaku," kata pemilik rumah itu kepada pemberita di rumahnya di sini semalam.

No comments:

Popular Posts