Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

02 September 2010

awang afrika kekasih gelap ku...!!!!

Anak Gadis Lari Ikut Lelaki 'Negro'



Ramadan kali ini pastinya berbeza buat seorang ibu apabila anak gadisnya berusia 19 tahun menghilangkan diri dipercayai mengikut awang hitam ke Afrika Selatan, sejak Isnin lalu. Roslah Abdul Jani, 43, memberitahu anaknya, Nur Dhiya Ain ada menghubunginya sebelum berlepas ke negara tersebut.

Roslah, pada mulanya tidak percaya kerana Dhiya atau nama panggilannya ‘baby’ tidak pernah ke mana-mana sendirian. Tambah merisaukan ibu kepada empat anak itu apabila Dhiya mempunyai masalah hipertensi yang memerlukannya mengambil ubat setiap hari.

“Pada 8 Ogos lalu, saya dan suami pergi ke Melaka untuk menziarahi saudara dan pulang semula ke Kuala Lumpur tengah malam.

“Semasa dalam perjalanan kira-kira pukul 12.10 tengah malam, saya menerima panggilan telefon daripada baby.

“Baby menyatakan dia berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tengah tunggu penerbangan ke Afrika Selatan, ibu doakan saya pergi dan balik dengan selamat,” katanya.

Menurut Roslah, dia tidak sempat untuk bertanya dengan siapa dan berapa lama anaknya itu pergi ke Afrika kerana panggilan tersebut dimatikan.

“Saya yang cemas dengan berita itu kemudian pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields untuk membuat laporan dan meminta bantuan.

No comments:

Popular Posts