Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

02 September 2010

guru lukisan di pecat gara gara klip video yang mendedahkan beliau membelasah 40 pelajarnya

BANGKOK: Klip video yang dirakam secara sulit menggunakan telefon bimbit mendedahkan tindakan seorang guru di sebuah sekolah Katolik berasrama penuh di timur laut Thailand yang menyebat berpuluh pelajar di punggung mereka dengan rotan yang dibalut wayar elektrik.

Guru lukisan, Somchai Limthanmaporn, dipecat selepas beliau didedah membelasah 40 pelajar, menurut Nongkran Prathumtri, seorang pentadbir di Sekolah St. Mary's di wilayah Nakhon Ratchasima, timur laut Thailand. Klip video itu disiarkan melalui televisyen Thai Isnin lalu.

Ibu bapa pelajar Sekolah St. Mary's sudah pun membuat laporan polis mengenai insiden menyebat pelajar itu, yang dilakukan guru berkenaan selepas para pelajar gagal membersihkan bilik asrama masing-masing.

Dalam klip yang dirakam secara sulit oleh seorang pelajar, Somchai dilihat menyebat punggung para pelajar dengan ayunan kencang sehingga seorang daripada mereka menangis.

Gambar punggung yang calar turut disiarkan media Thai Isnin lalu.

"Beliau mesti bertanggungjawab di atas perbuatannya itu. Pihak sekolah tidak akan melindungi beliau," tegas Nongkran kepada stesen televisyen

No comments:

Popular Posts