Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

21 October 2010

Lawaknya macammana nak tahu lelaki tu dah kawin ke belum ?



Baru-baru ni, ada satu kes penipuan, lelaki umur 50 tahun lebih mengaku bujang, tapi dah ada isteri. Lelaki ni kenal dengan perempuan tu, janda umur awal 30-an, katanya anak dua. Bila berkenalan dalam 4 bulan, mereka pun bernikah.

Lelaki ni bawak kereta hebat juga, mulanya perempuan tu kata kereta nilai RM 100,000. Kerja pulak, mengaku kerja pengurus di sebuah syarikat. Nikah suka sama suka, janda kawin dengan bujang le katakan.

Dua minggu lepas kawin, ada seorang perempuan datang ke rumah perempuan tu, mengaku isteri lelaki tu. Terkejut beruk ler perempuan tu, rupanya dia tu dimadukan. Lelaki tu rupanya dah ada anak 6 dan ada 2 orang cucu. Kereta yang dia pakai tu bukan harga 100,000 tapi sekitar 20,000 jer. Kereta lama tapi convert edisi baru. Lelaki tu bukan pengurus seperti disangka, tapi buruh biasa jer.

Maka perempuan ni datang mengadu di pejabat Kadi. Ok lah, dah mengadu kita ambil tindakanlah. Tindakan apa ? Itu kena serah pada kitalah apa nak buat, janganlah nak mendesak kami pulak, nasihat saya pada dia. Bukan apa, bila dah buat laporan, kenalah ikut prosedur kita dan jangan nak lebih-lebih, bimbang nanti boleh ganggu proses siasatan dan pendakwaan. Saya cakap atas pengalaman saya lama di Bahagian Penguatkuasa dan jadi Pendakwa Syarie, kekadang pengadu ni nak kita ikut kehendak dia, kita nak ikut kehendak undang-undang.

"Boleh ke tuan keluarkan satu surat menyatakan saya tak tahu lelaki tu dah kawin ?" Kata perempuan tu.

"Kenapa pulak nak keluar surat tu ?". Kata saya.

"Yer le tuan, saya nikah, saya tak tahu dia dah ada isteri, saya ingat dia bujang" Kata perempuan tu.

"Ok lah. Kalau begitu, kenapa pulak saya perlu keluar surat ? Keluarlah surat sendiri.". Kata saya.

Dia pun terdiam, mungkin dia faham sendiri, kenapa pulak saya yang perlu keluar surat pulak. Lepas tu saya tanya, kenapa percaya lelaki tu masih bujang, kan dah umur 50 tahun lebih.

"Macam ni tuan. Dia ni, setiap kali kalau saya telefon atau sms, dia jawab, tak kira bila, siang ke malam. Kalau dia dah kawin, tentu kekadang payah nak jawab telefon atau sms". Kata dia.

Oh gitu rupanya dia percaya lelaki ni bujang. Setakat telefon dan sms selalu dijawab dah dikira bujang. Kalau gitu, kepada sesiapa yang nak menyamar bujang....kalau perempuan sms dan telefon, kena jawab bila-bila masa saja. Barulah perempuan tu percaya.


Mohd khalil

No comments:

Popular Posts