Search This Blog

Your Ad Here

terkini

31 January 2010

Mangkuk Nak Menjahanamkan Orang Melayu!Tapi,Siapa Mangkuknya?



SHAH ALAM: Female students in higher-learning institutes here are being persuaded not to wear panties on Valentine’s Day as an expression of true love for their boyfriends.The “no-panties promotion”, being held for the first time, has apparently been gaining interest among the students, who are passing the news by word-of-mouth.

Two students in their 20s from Shah Alam, known only as Ummi and Melissa, said they were aware of the “promotion.”

“I feel it is personal,” said Ummi with a smile.

“Valentine’s Day is a good time to express one’s love. And, what we use or don’t use is our right, our freedom. But we will do what is right. It’s a new world now.”

Melissa claimed that there was already a large group who planned to go ahead with it.“We will know how many by Valentine’s evening.”

State Islamic Affairs Department (Jais) director Datuk Mohammed Khusrin Munawi said:“We will not allow Muslim students to be taken in by such celebrations that deviate from the teachings of Islam.” (The Star)


Siapa yang persuade ni?Takde pun pihak tu disebutkan?

Tak pakai underwear untuk boyfriend,BODOH.
Sambut valentine,LAGI BODOH.
Melayu ikut benda-benda camni,SUPER BODOH.
Tersenyum apabila ditanya benda-benda camni DAN sambut valentine,UMMI BODOH!
Perempuan Melayu ramai jugak sebenarnya yang suka dieksploitasi.

Siap aa,aku nampak perempuan Melayu tak pakai panties 14hb Februari,aku pegi swipe credit card dekat celah bontot dia. It's A New World Now! Takleh marah!

29 January 2010

Masih hidup selepas dua minggu tertimbus

PORT-AU-PRINCE - Anggota penyelamat di Haiti mengeluarkan seorang lelaki mangsa gempa bumi yang masih hidup selepas dua minggu terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Rico Dibrivell, 35, terperangkap di bawah runtuhan bangunan sejak gempa bumi melanda Haiti pada 12 Januari lalu.

Sekumpulan penduduk mengeluarkan Dibrivell dari runtuhan sebuah kedai yang sering menjadi sasaran pencuri.

Mereka kemudian meminta bantuan anggota tentera Amerika Syarikat (AS) yang merawatnya kerana patah kaki dan masalah kekurangan air dalam badan yang serius.

Dibrivell menyatakan dia meneruskan hidup di bawah runtuhan bangunan dengan hanya berbekalkan sedikit air.

Setakat ini, dia adalah satu-satunya mangsa gempa yang paling lama terperangkap di bawah runtuhan bangunan dan berjaya dikeluarkan dalam keadaan masih hidup. Lebih 100 mangsa gempa berjaya dikeluarkan dari runtuhan bangunan oleh pasukan penyelamat dan penduduk tempatan sejak gempa itu berlaku.

Namun, kebanyakan mereka diselamatkan tidak lama selepas gempa tersebut melanda.

Pihak berkuasa menyatakan sukar bagi seseorang untuk hidup selama lebih 72 jam tanpa bekalan air.

Pada Sabtu lalu, pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan seorang pembantu kedai runcit yang dipercayai tertimbus selepas gempa bumi melanda Haiti.

27 January 2010

'Penjara ghaib' Beting Beras Basah

















KAWASAN Beting Beras Basah yang terletak di Bagan Datoh Perak, sememangnya sinonim dengan catatan sejarah kesultanan Perak sejak sekian lamanya. Namun, di sebalik kewujudannya sebagai lokasi wajib diziarahi Sultan baru, ada pelbagai catatan lain yang mengaitkannya sebagai lubuk misteri yang menggerunkan.

Ini termasuk kaitannya sebagai tempat penunggu, tempat makhluk ghaib ‘dipenjara’, selain kewujudan lubuk pusar ketika air pasang.

Menyingkap kewujudannya, penyelidik dan pengkaji sejarah, Ariffin Mohd Dahlan atau Pak Engku mendakwa semuanya bermula pada 1528 apabila pembesar Perak mengadap Sultan Mahmud Shah, pemerintah terakhir Melaka yang bersemayam di Kampar, Sumatera, ketika itu.

Permintaan mereka ialah supaya salah seorang putera baginda dijadikan pemerintah Perak yang tidak mempunyai Sultan. Permintaan itu diperkenankan dan Raja Muzaffar dititah menjadi pemerintah Perak pertama.

“Bagaimanapun Raja Muzaffar lari ke Pagar Ruyong ketika itu kerana merajuk apabila adindanya dilantik Sultan Johor, sedangkan beliau anak sulung. Rombongan diraja itu belayar membawa bersama alat kebesaran diraja Melaka seperti nobat, nafiri, pedang Chura Simanjakini, cop mohor halilintar dan beberapa alat lain.

“Rombongan diiringi Megat Terawis. Mereka singgah di Siak, kemudian ke Klang dan seterusnya ke kuala Sungai Perak dengan pelayaran dikemudi Nakhoda Tumi. Bagaimanapun, bahtera Raja Muzaffar dilanda ribut taufan dan ombak besar ketika melalui kawasan lubuk pusar di Beting Beras Basah. Bahtera baginda tidak boleh bergerak sehingga terpaksa membuang segala peralatan kecuali alat kebesaran diraja,” katanya pada majlis sembang sejarah Kesultanan Perak, baru-baru ini.

Pak Engku berkata, jin yang menjaga lubuk pusar itu, Datuk Maharaja Siraja Jin, meminta baginda membuang mahkota yang dipakai ke laut.

“Arahan itu dituruti Raja Muzaffar. Selepas itu barulah ribut taufan reda dan bahtera boleh belayar. Sejak itu, Perak tidak memakai gelaran Tengku Mahkota memandangkan mahkotanya sudah dibuang sebaliknya diganti dengan gelaran Raja Muda.

“Selepas Raja Muzaffar berseru ‘Selikit Tanah Minangkabau, Selengkung Pulau Perca, Dilingkung Ular Saktimuna, Sebenarnya Aku Menjadi Raja, Jauhkan Segala Malapetaka, Perpisahan Aku Di Selat Melaka” barulah bahtera baginda dapat bergerak ke tepi tebing dan disambut rakyat negeri Perak yang diketuai Tun Saban. Baginda kemudian dibawa mudik ke hulu dan ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama di Tanah Abang,” katanya.

Kajian Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Abdullah Jumain Abu Samah, pula menyebut Raja Muzaffar terpaksa menyelam ke dasar laut selama tujuh hari tujuh malam untuk mengadakan perjanjian dengan makhluk ghaib yang menjaga kawasan berkenaan.

Bagi Pak Engku, lokasi Beting Beras Basah di kuala Sungai Perak dan menghala ke selat Melaka itu juga kaya dengan pelbagai misteri tersendiri.

“Kawasan beting ialah kawasan lubuk pusar yang kadang-kadang timbul dan tenggelam apabila air pasang. Keadaan pasirnya keras dan putih, seluas padang bola seperti beras basah. Ia tempat pertabalan Sultan Perak sejak Sultan Muzaffar Shah I, Sultan Perak pertama pada 1528 hingga sekarang. Setiap Sultan yang bakal menduduki takhta Perak dimestikan menziarahi Beting Beras Basah dan menjejakkan kaki di atas beting pasir,” katanya.

Beliau berkata, kawasan lubuk pusar itu dikenali sebagai Tasik Pawa Janggi dan menurut cerita rakyat Perak, ia tempat yang digeruni kerana banyak perkara misteri berlaku. Di dasar tasik itu dikatakan mempunyai kerajaan yang diperintah tujuh jin.

Kawasan berkenaan dikatakan menjadi tempat pawang memenjarakan makhluk ghaib yang jahat sejak dulu sehingga sekarang.

“Ia juga dikatakan ‘pusat’ makhluk ghaib seluruh dunia, termasuk Islam serta perkampungan orang bunian,” katanya yang turut berharap catatan sejarah itu mendapat perhatian dan pengiktirafan Persatuan Sejarah Malaysia dan bahannya dapat dibukukan untuk tatapan serta rujukan pencinta sejarah tanah air,” katanya.

Malah, Pak Engku sendiri tidak terkecuali mengalami pengalaman pelik sepanjang mengenali Beting Beras Basah.

“Saya bermimpi seseorang berpakaian ihram, duduk di atas sejadah mengarahkan supaya saya ke Beting Beras Basah. Saya ingat tarikh pertama kali ke sana iaitu 5 Januari 1976. Pada jam 6.30 pagi saya bertolak dari jeti Sepani Kampung Kayan, Bagan Datoh menyusuri Sungai Perak sehingga tiba di Beting Tepi, tempat pertabalan Sultan Perak pada jam 7.00 pagi.

“Saya turun ke laut mengambil segenggam tanah dan kemudian menuju ke muara Sungai Perak di kawasan lubuk pusar Beting Beras Basah iaitu beting tengah,” katanya.

Selama hampir 15 minit, bot yang dinaikinya mengelilingi lubuk pusar itu sementara menanti beting berkenaan muncul.

“Tiba-tiba saya ternampak kain berwarna-warni muncul dari lubuk pusar itu. Apabila air semakin surut, beting timbul dan saya dapati ada bendera tujuh warna terikat di tujuh batang tiang setinggi kira-kira 4.5 meter.

“Kain berkenaan berwarna putih, hijau, kuning, biru, merah, hitam dan ungu. Kain dengan warna bendera negeri perak berada pada tiga tiang tengah, dua lagi tiang dengan kain pelbagai warna itu di kiri dan kanan tiang bendera perak, manakala kain putih membentuk tiga segi di hujung kiri dan kanan,” katanya.

Beliau mendakwa warna berkenaan mewakili setiap satu jin yang memerintah kerajaan bawah laut. Pada jam 7.20 pagi berkenaan, Pak Engku meminta pawang yang mengiringinya membacakan tahlil dan doa arwah di situ. Selesai majlis beliau terus menuju ke kolam air pusar membawa kain tujuh warna yang dibawa untuk diikat pada tiang bendera negeri Perak.

“Pada awalnya ia tiada masalah tetapi sebaik menghampiri kawasan pusar itu, saya tidak boleh melangkah seolah-olah ada sesuatu yang menghalang.

“Saya cuba merempuh tetapi gagal dan akhirnya saya berseru ‘Aku adalah keturunan Panglima Hitam daripada Raja yang berdaulat. Mudahkan segala pekerjaanku.’ Selepas itu barulah kain tujuh warna berkenaan dapat diikat pada tiang bendera berkenaan. Saya juga sempat berdoa sebelum keluar.

“Selepas keluar dari kolam itu untuk mengambil wuduk, saya lihat ke arah laut dari luar kolam dan nampak seperti mata manusia tetapi cuma sebelah memerhatikan saya. Saya tidak berkata apa-apa kerana sudah dipesan, jika ternampak sesuatu di situ jangan ditegur,” katanya.


BM

26 January 2010

Kenapa Melayu Tak Segar?

Melayu jangan terus layu…Kenapa Melayu Tak Segar?

sebab melayu tak suka berfikir.
malas nak guna otak kanan dan kiri
suka tengok cerita hantu
kekasihku seru,tower 13,jangan tegur lagi menjadi kegemaran
waktu maghrib dah tunggu depan tv
melayu rajin bergosip sana sini
kutuk orang ni kutuk orang sana
bukan nak nasihat tapi mengata
tambah2 dosa dan buat dosa kering


melayu suka hiburan
ada af ada malaysian idol
terlebih kuantiti artis melayu
qari dan qariah susah nak jumpa
topup rm60 nak sms undi mila
tabung anak2 yatim dan tabung masjid taknak plak topup
not seringgit pun dah ketar tangan
sibuk cerita artis kawin datuk
apa kena mengena dengan korang?
tak payah nak serabut kepala

dikatakan miskin marah plak
padahal pakai tak cukup kain
dedah sana ketat sini
nampak tahi lalat kat dada
body pun apa kurangya
kadang2 mengalahkan j.lo

dikatakan berasal dari timur
penuh adab,sopan-santun dan lemah-lembut
merdeka sudah 52tahun
kenyataannya masih lagi terjajah
betul melayu mudah lupa?

melayu suka enjoy2
“asalkan bahagia,ada fulus”
saudara kat palestin tak pernah hirau
hari ni makan kfc, esok Mc d
saudara kat Palestin 3 hari tak makan
best dapat tidur lena ada air-cond
saudara kat Palestin tak dapat tidur kerana ketakutan
anak Melayu main game counter strike
anak Palestin main baling2 batu

melayu sanggup mati anak
asalkan adat terjaga
padahal ada adat yg bertentangan agama
tak senang hati jumpa bomoh
minta pelaris nak maju
santau saudara sendiri
cucuk kat hidung cucuk kat pipi
macam2 ilmu
last2 bomoh yang kaya, diri yang merana

suka berlagak dan bermegah
nak jadi datin nak jadi dato
happy go lucky anak jadi artis
sampai jiran sebelah pun dah tak kenal
apa faedahnya?
dapat dosa lagi ada la
happy anak dapat 21A spm xpa la jugak

melayu memang terer
merokok no1
merempit no2
no3 meragut
membuang masa menjadi hobi
suka releks2
bangun tidur pukul 11pagi
sambil mengeliat dan menguap “hmm..malasnya hari ni”

baik hati melayu
berikan peluang pekerjaan kpd org luar
kenapa tak mahu bekerja?
tunggu emas jatuh dari langit?

melayu memang kuat dan berani
ada gengster badan besar
bermegah ada geng ramai
“kalau berani kacau la line kami”
padahal satu agama,satu bangsa dan 1malaysia
kenapa boleh jadi lawan?
kan lebih baik teman tapi mesra rakyat

ramai juga kat disko
release tension katanya
tu cara terbaik
nak lupakan masalah keluarga,kewangan dan masalah kat pejabat
ramai jugak kat lorong haji taib
kesian haji taib nama dia jugak yg busuk

umur 15tahun dah syok2 bercinta
pmr pun belum ambik lagi
pegang tangan perkara biasa
tak tahu malu mungkin kot?
ramai melayu malam 14februari,malam merdeka dan malam tahun baru
hasilnya boleh tengok 9 bulan kemudian
masa tu nangis tak cukup tisu
makayah tak cukup kain tutup muka
ada gak 2bulan tak keluar rumah
lain yang diharap lain yang dapat
tak sejuk perut ibu mengandung
tapi bukan salah ibu megandung

dimana melayu pada hari Jumaat pukul 1.20pm
ada di rumah mimpi jadi kaya
ada di pejabat kerana letih
ada di shopping kompleks jalan2
pun ada enak menjamu selera di restoran mamak seksyen 16
bukan mimpi tapi kenyataan
solat jemaah di surau pusat serenti makin bertambah jemaahnya
solat jemaah di masjid dua saf pun tak sampai

politik melayu ada kat mana2
pejabat,rumah,atas jalan raya dan kat toilet apa kurangnya
lepas tu mula la game
hina-menghina,maki-memaki,tipu-menipu
memang betul lidah tak bertulang
jangan salahkan lidah

Nak Salah Siapa Melayu terus melayu?
Ibubapa,cikgu2,ketua kampung atau perdana menteri?
ataupun polis diraja malaysia dan tok kadi?
tepuk dada tanya iman
bila nak insaf?
bila nak sedar?
bila nak taubat?
jangan tunggu Malaysia turun salji
jangan tunggu selat melaka terbelah dua

Bagaimana Melayu nak segar?
al-Quran dan as-sunnah menjadi pegangan
ikutilah akhlak Rasulullah S.A.W

25 January 2010

Anak kelisa bernilai RM1.5 juta dicuri


















IPOH: Seorang pengusaha ikan kelisa kerugian RM1.5 juta apabila hampir 1,000 anak ikan berkenaan dicuri di ladangnya di Tebuk Pancor, Bukit Merah, Semanggol, 120 kilometer dari sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Mat Fauzin Nayan, berkata kejadian disedari pekerja ladang berkenaan pada 8.30 pagi semalam.

Katanya, mereka terus menghubungi majikan yang kemudian membuat laporan kepada pihak polis.

"Pengusaha berkenaan mendapati beberapa balang kaca dan akuarium yang mengandungi hampir 1,000 ekor anak ikan bernilai RM1.5 juta telah hilang dan terdapat kesan kawasan ladang itu dicerobohi," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mat Fauzi berkata, anak ikan kelisa yang juga disebut Arowana dijual antara RM2,000 hingga RM5,000 seekor.

Beliau berkata, suspek dipercayai lebih dari dua orang memasuki ladang berkenaan dengan kenderaan pada tengah malam.

"Terdapat kesan balang botol pecah dan siasatan awal polis mengenalpasti suspek dipercayai orang dalam," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 357 kerana menceroboh dan memecahkan bangunan. - Bernama

“BANJIR CIKGU”





























Hujan begitu lebat. Musim tengkujuh di Pantai Timur sudah menjadi kebiasaan pada setiap tahun. Keadaan demikian, menyebabkan ramai pelajar sekolah Menengah Pasir Mas tidak ke sekolah. Sudah pasti “hujan” merupakan alasan yang paling kukuh yang hendak diberikan kepada cikgu jika ditanya tentang “ponteng”.

“Osman.. ! kenapa awak tidak datang sekolah semalam dan kelmarin?” soal Cikgu Azura dengan Nada Marah kepada Osman yang sudah dua hari ponteng sekolah.

“maaf cikgu.. saya tak dapat hadir ke sekolah semalam dan kelmarin, sebab hujan lebat la cikgu” jawab Osman.

“ooo.. hujan alasan awak.. kalau setiap hari hujan, takkan awak setiap hari tak datang sekolah” marah cikgu Azura.

“eh.. apa pulak cikgu.. kalau hari-hari hujan, mestilah banjir” balas Osman dengan muka slumber…

”errr....” cikgu Azura bengang.

24 January 2010

Perkahwinan Nabi-Aisyah bukan alasan sesuai untuk nikahi budak

RIYADH: Seorang ulama kanan Arab Saudi berkata perkahwinan Nabi Muhammad saw dengan Sayidatina Aisyah yang berusia sembilan tahun, kira-kira 14 abad dahulu, tidak boleh dijadikan alasan bagi mewajarkan perkahwinan anak gadis di bawah umur, lapor sebuah akhbar Saudi kelmarin.

Sheikh Abdullah al-Manie, seorang anggota Majlis Ulama Kanan Saudi, membuat kenyataan itu menyusuli perkahwinan seorang gadis berusia 12 tahun dengan seorang lelaki berusia 80 tahun.


Sheikh Al-Manie memberitahu akhbar Okaz bahawa keadaan hari ini berbeza daripada zaman ketika Nabi Muhammad mengahwini Sayidatina Aisyah.

Perkahwinan Sayidatina Aisyah 'tidak boleh disamakan dengan perkahwinan gadis bawah umur sekarang kerana keadaannya tidak serupa,' kata Sheikh Al-Manie.

Beliau berkata begitu selepas kes seorang budak perempuan berusia 12 tahun di bandar Buraidah, di wilayah Al-Qasim, yang berkahwin dengan lelaki berusia 80 tahun, mencetus tengkarah baru di Arab Saudi, yang dikritik kerana tidak melarang perkahwinan kanak-kanak di bawah umur.

Menurut laporan akhbar Al-Riyadh minggu lepas, gadis itu dikahwinkan oleh ayahnya meskipun tidak disetujui oleh budak itu dan ibunya.

Menurut akhbar tersebut, perkahwinan mereka sudah dilangsungkan dan mas kahwin sudah pun dibayar.

Perkahwinan Sayidatina Aisyah, yang diberi julukan Ummul Mukminin, sering digunakan oleh para hakim dan ulama Arab Saudi untuk mewajarkan perkahwinan kanak-kanak di bawah umur.

Suruhanjaya Hak Asasi Saudi berkata ia sedang mengikuti kes Buraidah yang sedang dibicarakan di sebuah mahkamah Saudi.

'Ibu budak di Buraidah itu meminta bantuan kami. Mereka meminta kami membantu agar gadis itu boleh bercerai,' kata ketua suruhanjaya, Encik Bandar al-Aiban, kepada AFP.

'Kes ini sekarang berada di tangan pihak berkuasa undang-undang. Saya tidak mahu berkata apa-apa sebelum mereka membuat keputusan. Saya berharap mereka akan mencapai satu keputusan tidak lama lagi,' kata beliau.

Encik Al-Aiban berkata Jun lalu bahawa kerajaan Riyadh sedang melakar peraturan baru untuk mengenakan had umur minimum untuk berkahwin, yakni antara 16 dengan 18 tahun. -- AFP.

23 January 2010

sempena Gong Xi Fa Chai...denda maksimum RM300

Sembilan kesalahan trafik denda maksimum RM300

Kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar dan tidak memakai topi keledar adalah antara sembilan kesalahan serius yang akan dikenakan denda maksimum RM300 dalam Ops Bersepadu sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina yang bermula dari 8 hingga 22 Feb ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat berkata dua kesalahan itu dikenal pasti sebagai penyebab kepada kecederaan serius yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kemalangan maut.

"Tujuh kesalahan serius lain terdiri daripada memandu melebihi had laju, memotong di garisan berkembar, memotong barisan, tidak mematuhi lampu isyarat, menggunakan lorong kecemasan, memandu secara berbahaya dan membawa muatan lebih had," katanya semasa melancarkan kempen keselamatan jalan raya sempena musim perayaan Tahun Baru Cina 2010 di Plaza Tol Sungai Besi semalam.

Beliau berkata sembilan kesalahan itu dikenal pasti oleh satu 'mini lab' penguatkuasaan yang diadakan baru-baru ini anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros).

"Ini sebagai satu amaran awal kepada orang ramai sebab biasanya bila seseorang itu didapati sabit kesalahan di sisi undang-undang trafik, ada yang kata dia tak tahu langsung tentang kesalahan yang dilakukan.

"Jadi, saya di sini nak pesan supaya semua mesti tahu sembilan kesalahan serius yang dikenal pasti," katanya.

Sementara itu kempen bersepadu yang bertemakan 'Buckle Up, It Is The Law' dianjurkan hari ini bertujuan memastikan pengguna jalan raya memandu dengan berhati-hati dan sentiasa memakai tali pinggang keledar semasa memandu, terutama pada musim perayaan.

Walaupun undang-undang mengenai tali pinggang keledar di tempat duduk belakang dikuatkuasakan setahun yang lepas, rakyat dilihat masih perlu diingatkan secara berterusan supaya memakai tali keledar itu demi keselamatan mereka.

Sehingga kini, hampir 300 kematian dicatatkan akibat kecuaian pengguna kenderaan tidak memakai tali pinggang keledar di tempat duduk belakang.

- Bernama

21 January 2010

Nuvi 765

The Nuvi 765 adds 3D buildings, lane assist and Bluetooth on top of the standard feature set of Garmin car navigation units.



WHILE most smartphones today come with built-in GPS, there’s really ­nothing like a purpose-built device for car navigation.

In practical terms, having a GPS in your smartphone is actually quite useful for a number of reasons — such as when you’re walking around looking for a restaurant or even using one of those funky augmented reality applications to find out more about your ­surroundings.

However, when it comes to in-car navigation you really don’t want to receive a phone call while you’re using the smartphone’s GPS.

Not only is it a tad dangerous, but it would actually interfere with the turn-by-turn voice navigation on the device when you’re answering a call, not to mention possibly taking you out of the navigation interface to receive the call.

So the best solution if you need a GPS is to get a car navigation unit like the Garmin Nuvi 765, which is not only purpose built but has several other niceties that no current smartphone has.

Build

The Nuvi 765 is actually one of the higher-end models in the Garmin Nuvi line and offers a Bluetooth handsfree connection to your mobile phone, junction view with lane assist and 3D buildings on the map.

These features aren’t new if you look at the other brands on the market, but it is new on a Garmin, which until this model, only supported junction view.

As far as handling goes, the Nuvi 765 is much the same as its other siblings — about the same size and shape (but heavier) and now comes with a non-slip coating on the back so it’s more secure when you’re holding it in your hand.

You also get a generous 4.3in LCD screen which is bright and easy to read even in bright light.

The biggest change is that the Nuvi 765 comes with an all new connector at the bottom and a new suction cup windshield mount, which means accessories meant for the lower-end models probably won’t work with the Nuvi 765




NEW CONNECTOR: A closeup of the new connector on the bottom of the Nuvi 765. Note that the mini USB sync and charge port is retained and still works with the original charger.


The Nuvi 765 comes with its own car charger which again, is not based on the mini USB standard — instead, it has its own proprietary connector which connects directly to the windshield mount.

There is no wall socket charger, but that’s not such a big deal, since you can charge the device by connecting up the Nuvi to your PC using a standard mini USB cable.

Yes, the Nuvi 765 still retains the mini USB connector, which sits right at the bottom of the device, right next to the proprietary connector — I tested it and you can indeed still charge from this connector if you wish.

Other notable features are the SD card slot on the side, a 3.5mm ­stereo minijack port and an external aerial port on the back.

The 3.5mm stereo minijack port is a hint of one of the new software features present in the Nuvi 765 — yes, it comes with a music player which supports MP3 files and Audible.com audio book files.

There is however, no video file support, so music is all that you’re going to get on this device.

Photo viewing is also carried over from the previous Nuvi devices and allows you to store JPEG photos on the device or in an SD card and view them on the Nuvi 765.

Last but not least, the Nuvi 765 comes with Bluetooth A2DP support, which means the GPS can also act as a speakerphone for your Bluetooth-enabled mobile phone.

Performance

As far as navigation goes, there are no surprises here — like all Nuvis, the interface is familiar, uncluttered and it works.

I quite like the Garmin interface as the icons are large and easy-to-understand and there’s no ­confusion when accessing the various features.

GPS lock was pretty quick at under a minute from cold start, and typically only a few seconds if you’ve turned it on recently.

There wasn’t any surprises for navigation either although in the time that I used it, there weren’t that many 3D buildings and junctions that I could see — some buildings, like the KLCC and major junctions were represented, but I find it still a little lacking compared with some other brands.



SHOW ME: The 3D buildings on the Nuvi 765 are pretty well represented in the middle of Kuala Lumpur, although further away from the city, fewer of these are found.


Nevertheless 3D buildings aren’t really important when it comes to actual navigation, though junction view and lane assist are.

I did manage to pair my phone with the Nuvi via Bluetooth, and as a speakerphone, the 765’s speakers were pretty loud and the ­microphone sensitive enough to pick up my voice even though my windscreen (and consequently, the Nuvi) is pretty far away from my head.

What didn’t work so well is the text-to-speech function which reads out road names. As usual, since our road names are not in English, the text-to-speech mangles most road names.

For example Puchong is read out as “Pah-chong” — let’s not even get into how Jalan Tun Sambanthan is pronounced.

Unfortunately (or fortunately, depending on your perspective) there is no text-to-speech for the Bahasa Malaysia language turn-by-turn directions, so you don’t get road names read out to you (or mangled) when you drive.

Conclusion

Overall, the Nuvi 765 works very well and the 3D buildings and ­junction view are always a welcome, but not essential, addition to the basic GPS car navigation feature set.

At RM1,150, the Nuvi 765 is a bit on the expensive side and ­considering that you can get more features in other GPS units that are a few hundred cheaper, you might want to look around at some other brands if 3D buildings and Bluetooth connectivity are important to you.

In defence of the Nuvi 765, it’s important to note that in countries like the US, the unit has an extra feature — a traffic avoidance system which is based on publicly ­broadcasted information on the FM radio channel.

If this feature were possible in this country (it’s not because we don’t have an FM radio traffic broadcast system in place) it would make the Nuvi 765 a lot more attractive a buy, since having traffic information available on the map would make a big difference in the navigation experience.

As it is, all we’re getting is a more expensive Nuvi with features that aren’t really worth paying extra for, so you might also want to look at a few lower-end Garmin Nuvi models if you just need navigation.

Pros: Feature-packed; nice rubberised feel.

Cons: A tad expensive.



Nuvi 765

(Garmin Ltd) Standalone GPS car navigation unit GPS chipset:

SiRF Star III Memory: 4GB ROM
Storage: SD expansion slot
Display: 4.3in (480 x 272-pixels)
Battery: Lithium-ion
Other features: A2DP Bluetooth
Weight: 184g Dimensions: 12.2 x 7.6 x 2.0cm
Price: RM1,150
Website: www.garmin.com

Review unit courtesy of Aeco Technologies (M) Sdn Bhd, (03)-9285-8062

19 January 2010

Adi Putra rupanya CEO Syarikat ini.....!!!!



Berikut saya siarkan transkrip rakaman perbualan telefon antara Abdul Ghani Wahid, bapa kepada ikon yang berusia 11 tahun terbabit yang disiarkan TV3 dan TV9 malam tadi di dalam siaran berita

"kita orang ada sijil. produk-produk ini tak ada apa-apa dadah la, dari UTM Skudai la. Tahun lepas kita dah hantar untuk ujian di makmal UTM Skudai. Biar lojik la.Kita ada ujian makmal. Kita memang ada semua tu. Saya dilantik Adi untuk menulis ilmu. Saya tak tahu menahu sebab Adi CEO Syarikat. Saya hanya menulis dan membentangkannya...".

Terpulang kepada anda untuk menafsirkannya...


cerita berkaitan disini....

Kementerian Kesihatan serbu rumah Adi Putra

17 January 2010

Geliga lipan tarik duit



PERBANDINGAN geliga lipan (dalam bulatan) dengan batu-batu geliga jenis lain. Geliga lipan kadangkala dijual pada harga yang tidak masuk akaliaitu RM10 juta sebutir.

MENURUT cerita yang didengar daripada golongan yang taksub memiliki batu geliga lipan, kelebihan butiran berwarna merah coklat ini sangat menakjubkan.

Mempunyai keupayaan tembus pandang, sesetengah pemiliknya dikatakan berupaya mengetahui dan melihat sesuatu yang terselindung, contohnya angka yang tersembunyi di belakang daun terup.

Kebanyakan pemburu geliga ini sanggup mengeluarkan jutaan ringgit hanya kerana mahu berjudi.

Malah ramai juga percaya mereka bakal mendapat keuntungan berlipat kali ganda jika ia dibawa ke kasino di Genting Highlands.

“Menurut telahan saya, geliga ini bukan tembus pandang tetapi pemiliknya dapat mengetahui perkara tersembunyi itu melalui ‘khadam’ yang menjaga geliga lipan tersebut.

“Pemilik dikatakan dapat mendengar bisikan di telinga yang memberitahu perkara yang tersembunyi walaupun tidak melihatnya secara terus.

“Namun, tidak dinafikan ada yang terlalu taksub dengan geliga ini hingga sanggup mengadakan ritual yang tidak sepatutnya hanya kerana mahu cepat kaya.

Penawar bisa

“Bahkan ada yang menjadikan makhluk ghaib sebagai khadam kepada geliga ini,” ujar pengumpul aktif barangan mistik, Azman Abdul Aziz, 39.

Jelas beliau, pemilik yang terlalu taksub dengan batu geliga yang didakwa terhasil daripada pengerasan air liur seekor raja lipan itu percaya ia boleh menarik duit dan harta jika mengamalkan ritual khusus untuk tujuan tersebut.

Wujud juga teori yang mengatakan geliga lipan bukan sekadar untuk perubatan atau tembus pandang bahkan ia juga membawa tuah seperti murah rezeki

“Sesetengah orang mengatakan pemakaian geliga tersebut boleh membuat seseorang itu kebal dan halimunan.

“Cara ini digunakan individu untuk menarik duit atau harta. Namun, geliga untuk tujuan ini sangat jarang ditemui dan sukar mendapatkannya.

“Dari sudut perubatan, geliga ini dipercayai berguna sebagai penawar bisa.


Dengan khasiatnya yang boleh menyerap bisa tidak kira bisa binatang mahupun bisul, geliga ini hanya perlu diletakkan pada bahagian yang sakit, Insya-Allah bisa akan menyurut dan hilang,” ujar Azman.


Tergolong sebagai sejenis serangga berbisa yang mempunyai banyak kaki, ada cerita rakyat menyebut ‘sehingga naga pun turut takut akan serangga kecil’ ini kerana kepantasan dan bisanya.

“Ada empat jenis geliga lipan, iaitu yang terdapat di kepala lipan dan dinamakan mahkota, di dalam perut, terdapat di antara sengatnya dan yang terakhir dan dikira paling berharga ialah yang terdapat di dalam mulutnya.

“Ia dikatakan dapat memancarkan cahaya di dalam gelap.

“Geliga yang berada di dalam mulut lipan biasanya ditemui pada lipan yang mati beragan atau mati tua.

“Mistiknya, walaupun haiwan tersebut mati dan kering, geliga ini sangat sukar untuk diambil daripada mulutnya.

“Jika pengambilan secara paksa, geliga tersebut tidak akan memiliki kelebihan, tak ubah seperti butiran manik sahaja.

“Untuk mengambilnya pula, satu ritual khas perlu dilakukan di mana ia disertai dengan zikir dan sehelai kain merah ditadah untuk menyambut geliga tersebut.

“Ritual ini dikatakan mampu menyerap khasiat raja lipan ke dalam geliga,” jelasnya.

Dijual mahal

Tambah Azman, keaslian geliga yang mampu mencecah harga RM10 juta sebutir ini dapat diuji dengan cara memegangnya.

“Untuk mengetahui keasliannya sama ada ia hidup atau mati, cara memegang yang betul dapat menentukannya.

“Jika merasai getaran atau gigitan, itu jelas menunjukkan ia geliga asli.

“Namun, ujian ketepatan yang paling baik ialah apabila terasa lipan merayap di tangan,” kata Azman sambil menambah, warna paling lazim geliga lipan ialah merah. Selain itu ada juga yang berwarna biru, hijau dan kuning.

Menurut beliau lagi, harga geliga ini sepatutnya tidak mencecah jutaan ringgit, malah jauh lebih rendah.

Namun, apabila wujud broker atau orang tengah, harga yang dikenakan kadang-kadang tidak masuk akal.





GELIGA yang diambil daripada mulut lipan adalah yang paling berharga.


16 January 2010

Jutawan wang palsu

Jutawan wang palsu

Gara-gara bermurah hati memberi tip AS$500 (RM1,670), hartawan Lubnan yang pernah menggemparkan negara dengan janji menderma RM1.03 bilion kepada Majlis Kanser Malaysia (Makna), Ellie Youseff, 50, dicekup di sebuah hotel empat bintang Ahad lalu kerana memiliki wang palsu.

Lebih mengejutkan, serbuan ke atas biliknya di tingkat tujuh hotel terbabit di Jalan Bukit Bintang, kira-kira jam 12 tengah malam menemui pelbagai not palsu mata wang Amerika berjumlah AS$66 juta (RM220 juta).


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisoner Izany Abdul Ghany berkata, penemuan itu susulan laporan dibuat seorang pengemas bilik yang terkejut menerima tips sebanyak itu, namun disahkan not palsu oleh pengurup wang ketika mahu menukarnya.


“Berikutan itu, sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Dang Wangi membuat pemeriksaan di bilik hotel suspek dan menemui sebuah beg pinggang mengandungi 160 keping mata wang palsu dalam not AS.


“Ini termasuk 60 keping not AS$1 juta dan AS$100,000 serta 40 keping not AS$500. Semua wang palsu itu berjumlah RM220 juta dan hasil pemeriksaan di sebuah bank tempatan mengesahkan semua not itu palsu,” katanya ketika sidang media di sini, semalam.

Katanya, Ellie didapati menginap di hotel berkenaan dua hari sebelum ditahan selepas menghadiri perbicaraan mengenai kes penipuan cek yang dilakukannya lima tahun lalu.


“Kerajaan Amerika Syarikat tidak pernah mengeluarkan note AS$1 juta dan AS$100,000 manakala bagi note AS$500, ia pernah dikeluarkan dan digunakan sehingga 1934. “Wang itu kini tidak boleh digunakan lagi, namun masih mempunyai nilai sah yang hanya boleh ditukar di Bank Simpanan Persekutuan Amerika Syarikat,” katanya.

14 January 2010

Pokok di Marikh?




IMEJ...pokok do permukaan Marikh sebenarnya kesan serpihan akibat tanah runtuh selepas ais di planet itu cair.

Gambar yang dirakam teleskop Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (Nasa) menunjukkan seolah-olah permukaan Marikh ditumbuhi pokok.

Imej itu menunjukkan barisan pokok konifer di bukit pasir permukaan planet berkenaan.

Bagaimanapun, ia sebenarnya hanya ilusi penglihatan.


Gambar itu sebenarnya menunjukkan bukit pasir di selaputi lapisan tipis karbon dioksida beku atau ais kering, kira-kira 240 kilometer dari kutub utara planet itu.

'Pokok' itu adalah kesan serpihan disebabkan tanah runtuh apabila ais cair ketika musim bunga di Marikh.

Gambar itu dirakam dari orbit yang mengelilingi Marikh oleh HiRise, kamera paling berkuasa tinggi pernah dihantar ke planet lain.

Pegawai Nasa, Candy Hansen memberitahu akhbar The Sun yang diterbitkan di London: "Jalur itu adalah pasir yang terurai apabila ais menyejat, menyebabkan ia meluncur di bukit pasir.

"Ketika ini, planet itu dilitupi oleh ais kering."

Bulan lalu, Nasa mengumumkan satu teleskop baru mengesan lima planet di luar sistem solar.

Teleskop itu yang dilancar tahun lalu untuk mencari Bumi lain, menemui lima planet baru itu pada beberapa minggu pertama operasinya.

Walaupun, semua 'dunia baru' yang dinamakan 'exoplanet' itu lebih besar berbanding Neptune, Nasa berkata, penemuan itu menunjukkan teleskop memburu planetnya beroperasi dengan baik. - Agensi

10 January 2010

Special Edition Lancer 2.0GTS introduced




Mitsubishi Motors Malaysia has introduced a limited run of what's been tagged the Special Edition Lancer 2.0GTS.



The car, limited to only 100 units, features a number of dress-up items, these being mostly on the exterior - there's a a rear airdam and diffuser, carbon fibre add-ons to the rear spoiler and sideskirts, as well as a new gun metal finish to the alloy wheels.




Inside, the seats feature a redesigned race-styled Nappa leather pattern, with red and orange stitching, and the gear knob gets the red stitch working as well. No change to the mechanicals, so it's more a case of merely adding on the looker treatment.



The SE Lancer is available in two colours, Red Metallic and Black Mica, and is priced at RM 123,046 on-the-road, without insurance. And if you decide that a SE is it, you get a limited-edition Ralliart jacket with that purchase. You'll find the car in all Mitsubishi Motors showrooms as of tomorrow.





more....

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) today launched an additional version of the sleek Mitsubishi Lancer which has a sportier appearance. Known as the Lancer 2.0GTS, it has additional body accessories such as a side skirts, carbonfibre design rear spoiler, rear air diffuser under a bolder-looking bumper and 18-inch light alloy rims with a unique Gun Metal finish (215/45 tyres).

Inside, the upholstery is high-class Nappa leather with the front seats having red and orange stitching while the gearshift knob is leather-wrapped as well.

Technical specifications are the same as the other Lancer versions (excluding the potent Lancer Evo, of course) which means a proven 2-litre MIVEC all-aluminium engine producing 114 kW/155 ps and 199 Nm of torque, INVECS-III CVT WITH Sports Mode and 4-wheel disc brakes with ABS + EBD.

Like all the other Mitsubishi passenger car and MPV models, the Lancer 2.0GTS is imported in CBU form from Japan and only 100 units will be offered for sale at RM126,480, inclusive of insurance premium. Only two colour choices are available – Metallic Red and Mica Black.

The model comes with a 5-year/100,000 km (whichever occurs first) warranty and owners also enjoy peace of mind with the Mitsubishi assist 24 support service. Those who book the Lancer 2.0GTS will also get a free RalliArt jacket (for a limited period while stocks are available).

According to a MMM source, the inspiration for the Lancer GTS version came from positive and enthusiastic feedback from dealers who saw a dressed-up unit prepared by MMM a few months ago in conjunction with the facelift of the model.

The first public viewing of the new Lancer 2.0GTS can be done at the MidValley Megamall in Kuala Lumpur from today till Sunday (January 10) after which it will be part of the Mitsubishi Motors Roadshow that will be held in a number of venues nationwide until early April. For information on the roadshow schedule,

full spec here....
visit www.mitsubishi-motors.com.my

09 January 2010

Herba khazanah berharga




Masyarakat Orang Asli memiliki banyak rahsia mengenai kehebatan tumbuhan hutan yang kini mula membuka mata pelbagai pihak dalam dunia perubatan moden.

USAHA mengkomersialkan tumbuhan herba dapat memastikan warisan pengetahuan Orang Asli tidak pupus.

GOLONGAN tua Orang Asli termasuk Tok Batin dan Tok Halaq ialah orang paling arif dengan sumber hutan.

Mereka antara kelompok paling banyak mewarisi ilmu penggunaan sumber tumbuh-tumbuhan dalam hutan sebagai ubat untuk pelbagai jenis penyakit. Demikianlah pandangan Ketua Pengarah Muzium Malaysia, Datuk Ibrahim Ismail.

Beliau menyifatkan masyarakat itu ada hubungan akrab dengan hutan kerana mereka mempercayai setiap hidupan alam memiliki semangat dan roh tersendiri.

"Tidak hairanlah walaupun setelah ratusan tahun mendiami hutan belantara Orang Asli terus memastikan sumber alam khususnya herba dapat diwarisi oleh generasi akan datang," katanya.

Pada masa sama, mereka menitikberatkan sistem ekologi terus kekal untuk kegunaan anak dan cucu mereka.

Segala pengalaman yang diwarisi membolehkan mereka memahami setiap rahsia tumbuh-tumbuhan yang mampu dijadikan herba untuk mengubati penyakit.

Rahsia herba

Tambah Ibrahim walaupun tiada pendidikan formal, Orang Asli arif mengenai segala jenis tumbuhan dan memahami kitaran serta perubahan tumbuhan.

"Herba bukan sahaja mendedahkan pengetahuan tentang kepelbagaian tradisi kesihatan Malaysia tetapi menjelaskan pemahaman saintifik dan kaitannya dengan latar belakang budaya dan sejarah komuniti Orang Asli sendiri.

"Lebih jauh daripada itu, keistimewaan herba menjalinkan kaitannya dengan lain-lain bidang seperti bio-teknologi, kesihatan, pertanian, perniagaan, perubatan dan sosial sains," katanya.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Kamaruddin Siaraf memberitahu, masyarakat Orang Asli memelihara dan menghormati khazanah rimba kerana menganggap herba menyimpan seribu satu keajaiban.

Beliau berharap anak-anak muda kini lebih menghargai kebolehan istimewa, ketajaman minda dan sumbangan Orang Asli dalam pengeluaran herba itu.

"Namun, sayangnya anak-anak muda hari ini hanya mengenali tumbuhan herba berbentuk kapsul dan jus minuman tanpa mengetahui rupa asal tanaman tersebut.

"Sepatutnya mereka perlu tahu rupa asal tumbuhan herba. Suatu hari nanti bila mereka jumpa pokok herba, mereka akan menjaga dan memeliharanya supaya dapat menjadi khazanah negara yang berharga," katanya.

Selain itu, katanya, penghasilan produk berasaskan herba juga menjadi pilihan bagi kaedah rawatan alternatif kepada mereka yang inginkan rawatan bebas kimia.

Peranan Orang Asli

Kurator Muzium Negara, Mohd. Jamil Haron pula menyatakan masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia ialah antara kaum minoriti yang terdiri daripada 18 suku kaum berdasarkan tiga kumpulan utama iaitu Senoi, Negerito dan Proto Melayu.

Beliau berkata, keadaan persekitaran kediaman mereka yang dikelilingi tumbuhan tropika membolehkan masyarakat ini mengenali dan memahami tumbuh-tumbuhan semula jadi untuk dijadikan keperluan rutin mereka.




TUMBUHAN liar di hutan amat mewah dengan pelbagai khasiat yang sesuai untuk kegunaan manusia

"Mereka dapat mengetahui rahsia sebahagian daripada 6,000 spesies tumbuhan tropika dalam negara untuk dimanfaatkan sebagai makanan termasuk herba," katanya.

Mohd. Jamil berkata, setiap kaum daripada kalangan Orang Asli mempunyai pengetahuan masing-masing tentang herba tetapi hanya mereka dalam kumpulan Senoi seperti Semai dan Temiar yang banyak berkongsi pengetahuan dalam membantu aktiviti penyelidikan.

Kesan daripada itu, pelbagai penyelidikan dan inovasi sains dapat dilakukan seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat umum, katanya.

"Kini, ia bukan sahaja diiktiraf pakar kesihatan, malah menjadi industri yang dikomersialkan di peringkat global.

"Berdasarkan kajian, hanya sebahagian kecil herba telah dilakukan ekstrak piawai melalui ujian klinikal namun penyelidikan dan pembangunan berkaitan dengannya kian meningkat saban tahun," katanya.

Menurutnya, herba yang sering dikaitkan sebagai ubat tradisional sangat kaya dengan khasiat serta mampu dijadikan alternatif kepada perubatan moden untuk menyembuhkan penyakit di samping menguatkan sistem imunisasi badan.

Mengikut definisi, herba ialah tumbuhan yang boleh diguna sebagai bahan makanan, perubatan dan bahan aroma.

Ini bermaksud tidak hanya tumbuhan renek, bahkan pokok berkayu juga boleh ditakrif sebagai herba jika ada potensi

Selain untuk perubatan dan penjagaan kesihatan seperti memberi tenaga, awet muda atau penawar selepas bersalin, herba juga digunakan dalam ritual bagi menghindar gangguan makhluk halus.

Di Malaysia, sumber ubat tradisi ini telah lama diperoleh daripada bahagian tumbuhan seperti akar, batang, daun, buah mahupun kulit kayu.



GENERASI muda harus didedahkan dengan pengetahuan mengenai 6,000 tumbuhan herba agar dapat diwarisi generasi akan datang

Terdapat sekurang-kurangnya 1,158 spesies tumbuhan tinggi di Malaysia direkodkan mempunyai nilai perubatan.

"Daripada jumlah tersebut, 1,075 ialah tumbuhan berbunga, 76 spesies paku-pakis dan tujuh spesies lagi daripada keluarga gimnosperma," katanya.

Menurut Mohd. Jamil selain mujarab merawat penyakit biasa seperti sakit kepala, batuk dan demam, ada juga sesetengah spesies boleh mengubati penyakit tropika seperti malaria dan kolera.

Beliau berkata, masyarakat Orang Asli hanya menggunakan peralatan asas yang digunakan dalam kehidupan seharian mereka untuk menyediakan sesuatu herba.

"Prosesnya bermula dari memilih pokok herba dalam hutan oleh Tok Batin, Tok Halaq atau orang-orang tua yang berpengalaman luas hinggalah ke peringkat menentukan herba yang sesuai.

"Penentuan sesuatu herba untuk mengubati sesuatu penyakit berdasarkan kepercayaan yang kuat kepada petua dan pantang larang diwarisi," katanya.

Beliau berkata, hanya bahagian tertentu pada pokok boleh dijadikan herba, iaitu sama ada akar, daun, kulit pokok atau buahnya sahaja kecuali pokok layang-layang yang keseluruhan bahagiannya boleh digunakan untuk tujuan perubatan.

07 January 2010

Reka selipar sendiri



MOHD. Rizan sedang menyiapkan selipar yang baru ditempah pelanggan.

PADA mulanya dia sekadar ingin menolong ayahnya dalam pembuatan capal. Disebabkan seringkali bertungkus lumus menyiapkan capal yang ditempah terutama menjelang Hari Raya Aidilfitri, Zusyarina Zulkafly mendapat idea menarik untuk memperkembangkan lagi industri itu.

Gadis berusia 25 tahun itu menggunakan keistimewaan kemahiran seni yang ada padanya untuk membuat rekaan jenama selipar sendiri.

Tanpa meniru idea sesiapa, dia yang lebih mesra dengan panggilan Nina mempunyai keazaman untuk membuktikan rekaannya itu bakal menarik perhatian ramai.

Bagaimanapun, sebelum melangkah ke hadapan untuk memulakan cita-citanya itu, Nina turut memikirkan soal tenaga pekerja bagi mencapai kelancaran proses pembuatan selipar tersebut.

"Kalau saya tiada pembantu memang agak susah. Dari segi reka bentuk yang ingin digunakan memang tidak ada masalah.

"Tetapi untuk proses menjahit selipar itu sebenarnya ia memerlukan ketelitian mendalam," jelasnya ketika ditemui di kediamannya di Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Justeru, Nina mengambil keputusan untuk berkongsi tenaga dan idea bersama seorang rakannya yang turut berpengalaman dalam pembuatan capal.

Gabungan tenaga mereka membuatkan Nina semakin ghairah menyiapkan tempahan yang diterima tidak kira melalui blog atau di pasar rakyat.


Dari segi bahan yang digunakan untuk membuat selipar itu, Nina mengamalkan konsep kulit asli sepenuhnya. Sekiranya bahan yang digunakan itu adalah campuran getah, pemakai akan rasa tidak selesa dan sakit.













SELIPAR kanak-kanak yang turut mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan.


Meskipun untuk mendapatkan bahan tersebut agak mahal, tetapi kualiti jenama seliparnya amat diutamakan memandangkan sehingga kini Nina belum lagi mempunyai saingan sengit dalam industri itu.

Kebanyakan kulit yang dipilih untuk pembuatan selipar adalah kulit kambing, biri-biri dan lembu. Uniknya lagi, Nina turut menggunakan kulit ikan talapia yang dibeli khas dari Kelantan.

"Tidak perlu keluar jauh-jauh untuk dapatkan kulit asli kerana kami hanya beli di sekitar Kuala Lumpur. Kegunaan kulit ikan talapia hanya untuk tujuan tertentu. Misalnya, pada bahagian selipar yang gambarnya ialah ikan.

"Biasanya kami akan membeli 10 sehingga 20 kilogram kulit yang mana ia mampu menghasilkan sebanyak 200 pasang selipar," kata Nina yang mempunyai lima buah mesin untuk membuat selipar.

Proses pembuatan

Perkara utama yang diperlukan dalam proses pembuatannya adalah penyediaan asas tapak mengikut turutan saiz tertentu. Kemudian diikuti dengan hiasan lukisan yang ingin dilekatkan pada permukaan tersebut.

Bagi memudahkan kerja, lukisan itu perlu dibuat lakaran terlebih dahulu sebelum membentuknya di atas pilihan kulit yang ingin digunakan.

Nina memberitahu, dia lebih banyak menerapkan konsep lukisan binatang, geometri, flora dan fauna.

"Kami tidak akan ulang lukisan yang sama kerana ia akan membosankan. Jadi, sehingga kini kami mempunyai lebih 80 rekaan berlainan. Ini antara cabaran yang terpaksa ditempuhi untuk memperbanyakkan lagi rekaan menarik.
























SALAH satu rekaan selipar yang menggunakan kulit ikan talapia.



"Idea memang perlu ada selalu sebab kalau buat sesuatu yang sama mungkin pelanggan setia tidak sudi lagi untuk membelinya," katanya yang mempunyai pelanggan tetap yang mengumpul keluaran rekaan terbaru.

Sejurus selesai menjahit bahagian tepi selipar dan gambar yang digunakan, ia diteruskan lagi dengan membuat tali bagi melengkapkan lagi selipar itu. Langkah terakhir adalah menyiapkan empat lapisan tapak.

Rakannya, Mohd. Rizan Che Abdul Rahman, 27, menjelaskan, sebanyak 30 pasang selipar boleh disiapkan setiap hari. Selain itu, padanan warna benang dengan tapak yang digunakan memainkan peranan penting.

Ini kerana, keunikan selipar itu akan bergantung kepada pilihan warna benang dan kulit yang lebih menawan. Namun, Rizan yang merupakan salah seorang yang ditugaskan untuk melakukan proses jahitan banyak menggunakan benang berwarna putih dan coklat.

"Kita ada kumpul 10 warna benang tetapi warna yang mudah untuk disesuaikan ialah putih dan coklat. Dari segi kesusahan untuk menjahit pula, gambar yang ingin dilekatkan itu bukannya berbentuk tiga atau empat segi.

"Maksudnya ia bergantung kepada lukisan terbabit, misalnya kaca mata, robot, epal dan banyak lagi," ulasnya.

Tidak mengamalkan prinsip membazir, lebihan bahan selipar digunakan pula untuk menghasilkan aksesori seperti gelang. Fesyen itu direka mengikut cita rasa remaja masa kini yang lebih gemar memilih aksesori sampingan untuk tampak bergaya.

Pada masa sama, selipar kanak-kanak juga dihasilkan. Lebih istimewa, sambutannya juga diluar jangkaan.

Blog pemasaran

Bagi melengkapkan lagi minatnya itu, Nina menghasilkan blog untuk tujuan memasarkan jenamanya itu ke seluruh negara.

Memang tidak menghampakan apabila boleh dikatakan setiap hari Nina perlu menghantar barang kiriman itu melalui pos.

Sejak tertubuhnya blog yang dinamakan http://ninakimi.blogspot.com/ setahun lalu, Nina berjaya menjual sebanyak 3,500 pasang selipar. Lebih membanggakan lagi, rekaannya itu turut digemari oleh rakyat negara China, Australia dan Singapura.

Sebelum membuat sebarang tempahan, anda boleh meneliti terlebih dahulu paparan rekaan selipar menerusi blog tersebut. Gambar yang dimuatkan begitu jelas berserta dengan harganya sekali.

Rekaan yang menarik itu sesuai juga dihadiahkan kepada

Ular telan 10 ekor kambing



AMIRAH (depan) bersama rakan-rakannya daripada JPAM menunjukkan ular sawa yang kekenyangan selepas menelan seekor kambing di Alor Setar semalam.


Misteri kehilangan 10 ekor kambing sejak tiga bulan lalu terungkai apabila seekor ular sawa batik ditangkap di Felda Bukit Tangga dekat sini kelmarin.

Ular yang dianggarkan seberat kira-kira 150 kilogram dan panjang kira-kira lapan meter itu ditangkap anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kota Setar dengan bantuan penduduk kira-kira pukul 6 petang.

Ketika ditangkap, ular itu dalam keadaan kekenyangan kerana baru menelan seekor kambing milik peneroka, Othman Taib, 60.

Menurut Othman, sejak tiga bulan lalu dia bingung memikirkan kehilangan 10 ekor kambingnya dari kandang yang terletak dalam kebun getahnya.

"Misteri kehilangan itu terjawab apabila saya ternampak ular sawa ini sedang menelan kambing semasa meninjau kandang ternakan kira-kira pukul 3.30 petang," katanya.

Warkah Pengubat Luka Untuk Gadis-Gadis Single Berumur 18-28 Tahun Supaya Mereka Boleh Move On



Sila gantikan ................ dengan nama timang-timangan anda.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sayangku ................,

Apa khabar?Sihat tak?Dah makan?Bagaimana dengan kehidupan awak,................?Abang di sini sihat belaka mengharungi kehdiupan baru bergelar seorang yang sudah berumah tangga.Agak janggal rasanya pada mulanya tapi Alhamdulillah,segala-galanya lancar.

Sebelum abang meneruskan warkah yang abang karang khas untuk ................ ini wajarlah jika abang menjelaskan dahulu apa yang terjadi agar tidak berlaku salah faham.Abang sudahpun selamat melangsungkan perkahwinan abang pada 18hb Disember 2009 bersamaan tarikh menyambut Awal Muharram.

Tujuan abang menulis warkah ini adalah untuk meredakan kekecewaan dihati ................,ini kerana abang merasakan ................ berhak mengetahui kenapa abang memilih perempuan lain dan bukan ................ Pertama kali abang ingin memohon maaf jika semua ini terjadi secara mengejut dan membuatkan ................ terkejut seperti terkena kejutan elektrik.

Abang menghargai cinta ................ tapi apakan daya jodoh kita tiada.Seperti kata orang2 tua,sudah sampai serunya jadi abang mengambil keputusan untuk bernikah.Bukan niat abang untuk meninggalkan ................ begitu sahaja tetapi abang tidak sanggup lagi untuk berseorangan.Sudah terlalu lama abang menunggu ................ masuk meminang tapi sayang ................ terlalu sibuk dengan *clubbing/belajar/kerja (potong yang mana tidak berkenaan) sehingga membuatkan abang merasa kesunyian.Abang sudah tidak mampu menunggu ................ lagi jadi untuk kali kedua abang memohon maaf kerana tidak memilih ................ sebagai permaisuri hidup abang.

Ini bukan salah ................,ini semua salah abang.Abang yang tak sesuai dan tak memahami ................

Masih ingatkah lagi memori ketika kita bersama?Simpanlah semua memori indah kita kerana itu semua adalah detik-detik manis yang abang harap ................ tidak lupakan.Abang masih ingat bagaimana manisnya senyuman ................ ketika kita bahagia dahulu dan semua memori itu abang akan simpan sampai lah abang tiada.

Mungkin alasan yang abang berikan tidak cukup untuk menjelaskan segala-galanya kepada ................tetapi ingatlah,dalam hati abang,masih ada ..................

................,lupakan abang.Ramai lagi lelaki lain yang lebih baik daripada abang.Abang boleh rekemen seorang dua jika ................ mahu.Pasti hati ................ retak seribu apabila mendengar berita abang sudah berkahwin tetapi ingatlah ................, kumbang bukan seekor.Walaupun satu masa dulu abang adalah kumbang yang senantiasa bersarang di hati ................ tapi kini abang sudahpun menjumpai bunga yang mampu membuatkan abang tidak mahu lagi terbang ke sana ke mari.Ada banyak lagi kumbang yang jauh lebih baik dan hensem berbanding abang jadi abang doakan agar ................ dapat menjadi pilihan hati seorang kumbang lain.

Lupakan abang.Move on.Jangan terlalu kecewa kerana jodoh kita tak kesampaian.


Ingatlah, ................ pernah menjadi sebahagian daripada hidup abang.Abang tidak mungkin dapat melupakan ................ walaupun abang sudahpun beristeri.Kenang abang dalam doamu walaupun jodoh kita tidak ada..

Maafkan abang kerana melukakanmu.


Pecah kaca pecah talam,
Sudah baca minta faham

Ikhlas,

05 January 2010

Tawaran Video XXXX Melalui SMS

Kebelakangan ini pengguna-pengguna perkhidmatan telekomunikasi mudah alih terutamanya Celcom sering didatangi sistem pesanan ringkas 'SMS' yang menawarkan koleksi-koleksi video panas untuk dinikmati hanya dengan menaip "YA" dan membalas ke nombor peribadi pengirim.


Walau pun digambarkan keperihatinan pengirim SMS itu dengan memberikan amaran hanya untuk yang berumur 18 tahun ke atas sahaja, tetapi tindakan menawarkan perkhidmatan dan perniagaan yang sedemikian rupa dilihat langsung tidak bertanggungjawab.

Malaysia kini makin parah dihambat penyakit sosial terutamanya penyakit keruntuhan moral dan akhlak di kalangan remaja yang bakal mewarisi negara ini kelak. Seluruh pelusuk tanahair samada di bandar-bandar besar atau di desa-desa kini dilimpahi dengan koleksi video klip aksi-aksi seks remaja tempatan yang cukup mudah diperolehi.

Sebelum ini, peranan mendedahkan remaja kepada keruntuhan moral ini hanya dimainkan oleh sebahagian besar peniaga-peniaga telefon mudah alih yang menawarkan khidmat muat turun klip-klip video seks tempatan sebagai tarikan pelanggan. Kini ianya peranan itu dikongsi bersama mereka yang tidak bertanggungjawab yang menggunakan perkembangan teknologi yang semakin canggih semata-mata kerakusan mengaut keuntungan apabila tiada usaha-usaha untuk menyekat operasi mereka.

Penghantar mesej ini semakin berani apabila beroperasi menggunakan nombor peribadi yang didaftarkan dengan syarikat-syarikat telekomunikasi di negara ini. Disenaraikan di sini nombor-nombor telefon yang digunakan untuk mengirim SMS seperti itu dalam tempoh seminggu lalu, iaitu : 013-4580391, 013-4310105, 013-4309756, 013-4380910, 013-4309575, 013-4756018, 013-4756680, 019-4040871 dan 019-4159640.




Kesemua nombor-nombor itu mengirimkan mesej penawaran koleksi video panas untuk dimiliki dengan amat mudah iaitu dengan membalas "YA" ke nombor yang sama. Memang mudah, sesiapa saja boleh mendapatkan koleksi itu walau pun kanak-kanak berumur 10 tahun yang kini kebanyakannya telah dibekalkan dengan telefon mudah alih oleh keluarga mereka.

Pembekal perkhidmatan sistem telekomunikasi ini seharusnya lebih peka dengan perkara-perkara yang boleh menyumbang kepada keruntuhan moral di kalangan remaja di negara ini. Mereka perlu bertindak segera membendung gejala tidak sihat ini untuk membersihkan imej buruk angkara individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini.

Syarikat-syarikat yang menyediakan sistem telekomunikasi di negara ini dinasihatkan jangan terlalu mementingkan keuntungan hasil dari kegiatan tidak beretika yang menggunakan perkhidmatan mereka untuk menyumbang ke arah penularan penyakit sosial di kalangan pengguna perkhidmatan mereka.

02 January 2010

wa ka ka ka....dia lelaki sejati...wa ka ka ka....!!!!

'Saya lelaki sejati'
















“Saya lelaki sejati dan tidak pernah terfikir untuk menjalin hubungan songsang dengan kaum sejenis apatah lagi golongan lelaki lembut. Cinta saya hanya untuk Ayu Raudhah.

“Alhamdulillah biarpun ada pihak cuba menabur pelbagai fitnah terhadap hubungan kami, cinta kami tetap utuh. Semoga percintaan kami berkekalan hingga ke jenjang pelamin,” kata pemain bola kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Abdul Razak, 22 mengenai tuduhan kononnya dia ada ‘kekasih gelap’.

Berikutan gosip itu Ayu yang juga adik kepada pelakon jelita, Rozita Che Wan, didakwa menyerang kekasih gelap Zaquan itu baru-baru ini pada majlis hari jadi yang dihadiri rakan terdekat.

“Sepanjang minggu lalu saya tidak menghadiri sebarang majlis hari jadi dan Ayu juga sibuk menjalani penggambaran drama di Tapah. Jadi bila masanya kami terbabit dengan insiden itu,” katanya.

Tegas Zaquan tuduhan itu mengaibkan diri dan keluarganya, serta bimbang akan menjejaskan kerjaya bola sepaknya.

Menurutnya, sejak tersiarnya berita itu menerusi temu bual dengan Ayu Raudhah, pagi ini (semalam) dia terima banyak panggilan telefon.

“Saya terima ratusan panggilan telefon daripada kawan dan keluarga bertanya kesahihan berita itu. Mungkin dengan kedudukan saya sebagai insan yang dikenali ramai dan berkawan pula dengan pelakon popular, saya dapat menerima cerita itu sebagai gosip tetapi macam mana dengan keluarga saya.

“Tentu mereka tertekan apabila tersiarnya pelbagai cerita buruk mengenai anak mereka. Pagi (semalam) saya dan rakan sepasukan bermesyuarat dan dengan tersiarnya berita itu membuatkan saya berasa kurang selesa kerana ramai bertanya.

“Terus terang, saya tidak pernah menjalin hubungan songsang atau pernah ada kekasih lain. Saya adalah lelaki sejati dan berharap dapat berkongsi hidup ini dengan wanita yang dicintai. Ayu ada menghubungi saya bercerita mengenai perkara ini dan memang saya terkejut. Seingat saya, jika ada kelapangan saya selalu bersama Ayu jadi tidak patut timbul cerita saya ada kekasih gelap dan amat mengaibkan ‘awek’ yang dimaksudkan itu kaum sejenis saya,” katanya.

Menurut Zaquan, dia rasa dia tahu orang yang menyebarkan fitnah itu dan berharap segera hentikannya. Sebelum ini ada wanita mengaku sebagai teman wanitanya dan Ayu dikatakan penyebab terputusnya hubungan cinta mereka.

“Mujur Ayu faham dan kenal siapa saya. Dia sendiri menceburi bidang glamor yang sentiasa menjadi perhatian masyarakat dan sudah biasa berhadapan dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan orang ramai. Jadi apabila tersebarnya cerita seperti ini Ayu tidak melatah dan setiap perkara yang timbul kami bincang bersama.

“Saya berharap dengan penjelasan ini jangan ada lagi pihak yang menabur fitnah keterlaluan memalukan saya dan keluarga. Apapun jua, saya dan Ayu kena banyak bersabar dan tiada gunanya kami melenting kerana perkara itu tidak benar.

“Cuma saya kasihan ayah dan emak, tentu mereka tidak senang duduk sekarang. Bagaimanapun saya sudahpun menjelaskan perkara sebenar pada mereka,” katanya.

hmetro

Iswara Muatkan 2 Ekor Lembu. Lama Dah Buat kerja?




Tindakan nekad dua suspek meninggalkan sebuah kereta Proton Iswara di tepi jalan berhampiran Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Tamil Paya Kamunting, di sini, akibat tayar pancit, membawa kepada penemuan dua lembu dipercayai dicuri untuk dijual kepada sindiket tertentu.

Kedua-dua lembu termasuk lembu betina yang bunting lapan bulan itu turut diikat keempat-empat kaki dengan tali dan disumbat ke dalam kereta yang sudah diubahsuai dengan kusyen belakang kereta ditanggalkan.

Haiwan ternakan milik penduduk di kawasan itu dipercayai diberi suntikan pelali bagi mengelak ia bertindak agresif selain tidak sedar ketika dalam perjalanan menuju ke tempat penyembelihan atau kepada sindiket terbabit.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin, berkata kejadian berlaku jam 7.15 pagi ketika anggota polis peronda yang melakukan rondaan di kawasan itu ternampak kereta terbabit dalam keadaan mencurigakan, namun menyangka ia dibiarkan pemiliknya disebabkan tayar pancit.

Popular Posts