Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

01 February 2011

perrrghhh....kalau aku dapat duit macam nie...tak kerja la aku seumur hidup...Suri rumah tarik balik saman suami mungkiri aset RM98.5 juta



Seorang suri rumah hari ini menarik balik saman terhadap suaminya berhubung dakwaan memungkiri amanah membabitkan aset mereka bernilai RM98.5 juta.

Hakim Mahkamah Tinggi Harmindar Singh Dhaliwal membatalkan saman itu di dalam kamar selepas mendengar permohonan peguam Nizam Bashir yang mewakili Fatimah Abdul Aziz untuk menarik balik saman itu.

Bercakap kepada pemberita, Nizam berkata hakim membenarkan permohonan anak guamnya menarik balik saman itu untuk memfailkan saman baru.

Bila ditanya kenapa plaintif memfailkan saman baru, Nizam berkata mereka mahu menjawab isu baru yang dibangkitkan pada perbicaraan perintah pembekuan aset di Mahkamah Tinggi pada 10 Disember tahun lepas.

Pada prosiding hari ini, mahkamah dijangka mendengar permohonan suami Fatimah dan dua yang lain untuk membatalkan saman itu tetapi ia tidak dapat diteruskan selepas Fatimah mengemukakan permohonan untuk menarik balik saman berkenaan.

Pada 23 November lalu Fatimah menyaman suaminya, Sannusi Ngah, abang iparnya Md Jais dan Budi Tenggara Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan yang dimiliki oleh Sannusi dan Md Jais kerana didakwa memungkiri amanah dengan melupuskan sebahagian aset tanpa persetujuannya.

Beliau mendakwa Budi Tenggara memiliki saham dalam syarikat Hartalega Holdings Berhad (HHB) dan Hartalega Industries Sdn Bhd (HISB).

Fatimah yang mempunyai seorang anak perempuan berusia 16 tahun, mendakwa suami dan abang iparnya secara bersama atau berasingan, telah dari semasa ke semasa antara April 2009 hingga Julai tahun lepas telah melupuskan saham Budi Tenggara dalam HHB.

Plaintif memohon satu pengisytiharan bahawa beliau dan suaminya mempunyai milik bersama saham HHB, ganti rugi am, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Dalam pernyataan tuntutannya, Fatimah berkata beliau berkahwin dengan Sannusi pada 1988, namun sekarang mereka telahpun tidak lagi tinggal sebumbung dan beliau kini dalam proses mendapatkan perintah fasakh di Mahkamah Syariah.

Pada 10 Dis tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan ahli perniagaan itu untuk mengetepikan perintah pembekuan sementara (mareva) harta bernilai RM98.5 juta yang diperoleh isterinya pada 29 November tahun lepas bagi menghalang beliau dari melupuskan aset itu. — Bernama

No comments:

Popular Posts