Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

07 February 2011

Seorang ibu melahirkan bayi gergasi seberat 5.98 kg





METHUEN, Amerika Syarikat: Seorang ibu melahirkan bayi gergasi seberat 5.98 kilogram (kg) di sebuah hospital di sini pada Khamis lalu.

Menurut beberapa buah akhbar semalam, proses melahirkan bayi itu oleh ibunya, Amanda Byron, 21, berlaku selama 10 minit.

Amanda sudah diberitahu bahawa dia akan melahirkan bayi gergasi sebelum kelahiran tersebut berdasarkan ujian imbasan.

Namun, apabila bayi tersebut selamat dilahirkan, ramai yang terkejut termasuk doktor kerana mereka tidak menyangka cahaya mata pertamanya itu terlalu besar.

Seorang doktor yang menyambut kelahiran bayi itu memberitahu Amanda bahawa dia mahu merakamkan gambar anaknya selepas melihatnya terlalu besar.

Bayi itu yang diberi nama Jonathan Patrick tidak menghidap sebarang penyakit walaupun tubuhnya besar.

Menurut rekod Guinness Book of World Records, bayi terberat di dunia dilahirkan pada 1879 dengan berat 10.48kg yang meninggal dunia 11 jam selepas dilahirkan. -Agensi

No comments:

Popular Posts