Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

26 March 2011

Pemilik Restoran Menyesal Beli 6 500 Kg Garam



Seorang pemilik restoran menyesal kerana membeli 6 500 kg garam yang disangkanya dapat melindungi dirinya daripada radiasi radioaktif yang berpunca dari loji nuklear Jepun yang meletup baru-baru ini.

Lelaki yang dikenali dengan nama keluarga Guo dari Wuhan menghabiskan 27,000 yuan (RM12,460) untuk membeli garam.

Menurut Wuhan Evening News, Guo bergegas ke pasar raya berdekatan selepas mendapati garam dijual bagai pisang panas berikutan kebocoran di loji nuklear *****ushima Daiichi. Pada 17 Mac lalu, dia membeli garam sebanyak yang mungkin dari pasar raya di sekitar bandar.

Malangnya, ketika dia sampai ke rumah bersama-sama dengan tiga buah lori yang sarat dengan garam, pihak kerajaan mendedahkan bahawa garam beriodin tidak dapat melindungi manusia daripada radiasi.

Aduhai!!!!

Lelaki itu cuba menjual garam-garam tersebut dengan harga diskaun untuk mengurangkan kerugiannya. Manakala pegawai kerajaan di Wuhan yang terlibat dengan khabar angin "khasiat" garam itu memberitahu bahawa mereka akan cuba membantu mengurangkan kerugian yang ditanggung oleh pemilik restoran itu.

No comments:

Popular Posts