Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

26 March 2011

Radioaktif akan merebak ke seluruh dunia dalam masa 2 hingga 3 minggu




Zat radioaktif dari loji kuasa tenaga nuklear *****ushima sudah mencapai ke Amerika Syarikat dan Iceland, dan dijangka akan merebak ke seluruh dunia dalam dua hingga tiga minggu, demikian Suruhanjaya bertindak untuk Pertubuhan Pakatan Larangan Ujian Nuklear Komprehensif (CTBTO), Khamis.

Tetapi kadar radioaktif itu terlalu kecil untuk memberi kesan terhadap manusia, kata suruhanjaya tersebut yang berpangkalan di Vienna itu kepada agensi berita Jepun, Kyodo.

Suruhanjaya tersebut mengendalikan rangkaian pemasangan kawalan pada 63 lokasi seluruh di dunia, termasuk satu pemasangan di Takasaki, Wilayah Gunma, Jepun.

Seorang pegawai senior jabatan pengawasan dalam CTBTO itu mengatakan, angka yang diimbas di Takasaki terus naik turun dan jumlah zat radioaktif dari reaktor *****ushima yang rosak kerana gempa bumi besar dan tsunami raksasa pada 11 Mac lalu, tidak boleh diramalkan ia akan berkurangan.

Sedikit zat radioaktif telah dikesan dalam pemasangan kawalan di California barat pada 18 Mac dan Iceland Selasa lalu, dan mereka menganggarkan akan mencapai wilayah Eropah dalam beberapa hari, kata pegawai itu.

Sejumlah sumber diplomatik dalam Badan Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) berkata kebanyakan negara Asia Tenggara membimbangkan kesan buruk zat radioaktif itu, tetapi Badan Keselamatan Nuklear dan Industri Jepun menyebut kadar itu tidak akan menjejaskan negara-negara lain.


CTBTO

No comments:

Popular Posts