Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

18 April 2011

ada selera ka?...he he he.....Awek Muka Cun Tapi Tak Gosok Gigi 10 Tahun



Siapa yang tak nak kalau dapat bini yang cun, comel, putih melepak, bibir seksi, slim, mantap. Tapi, kalau dia tak pernah gosok gigi 10 tahun, sanggupkah nak buat bini? Alahai.. Bau bangkai la jawabnya. Tapi, inilah realitinya. Memang ada awek cun yang ada tabiat pelik macam tu.

Ada seorang gadis yang berusia 20 tahun yang menjadi bintang di acara Mars Virus iaitu satu program televisyen paling popular di Korea Selatan. Mars Virus memiliki rating tinggi di negeri ginseng itu. Acara ini mengundang tetamu mereka yang memiliki kebiasaan atau perangai yang aneh, tetapi mereka tetap berbangga dengannya. Gadis Seoul tersebut bernama Ji Hyun Ji tetapi ia mempunyai kebiasaan yang pelik daripada orang lain.


Ji Hyun Ji mengaku tidak pernah menggosok giginya sejak 10 tahun lalu. "Saya tidak tahu mengapa orang harus gosok gigi, kerana tak ada orang lain yang akan melihat ke dalam mulut anda," kata Ji Hyun Ji, santai. "Bagi saya, tumpukan sisa makanan itu akan menjadi perlindungan bagi gigi saya."

Hyun Ji bukan gadis berpenampilan "bersugi". Ia kerap menggamit perhatian kerana kecantikannya dan mendapat gelaran baru sebagai Miss Cutey Yellowish, setelah ia mendakwa dirinya berhenti menggosok gigi sejak satu dekad yang lalu. Kali terakhir yang dia ingat melakukannya ketika ibunya menggosokkan giginya ketika berusia 10 tahun.

Kebiasaan hari-harinya dia hanya mencungkil gigi depannya jika ada makanan melekat. Meskipun Hyun Ji telah melupakan cara menggosok gigi, program ini mencuba untuk memujuknya supaya menggosok giginya semula.

Tapi, tak diberitahu pulak Hyun Ji ni suka mandi atau tidak. Bayangkanlah kalau dia tak mandi 10 tahun, buang air besar dan kecil tak basuh. Lap pakai tisu je. Eurghhh...

Itu baru awek Korea. Kalau mamat Korea yang awek-awek Malaysia gila-gila kan tu apa pulak tabiat pelik diorang? Haha..

No comments:

Popular Posts