Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

19 May 2011

168 Keluarga Minum Air Mayat Mangsa Pembunuhan




Mayat seorang gadis yang sudah reput dipercayai warganegara Indonesia ditemukan di dalam sebuah tangki air telah mencemari sumber air penduduk yang tinggal di pangsapuri HDB, Woodlands, Singapura, lapor AsiaOne.

Mayat tersebut ditemukan oleh pihak berkuasa pada pagi Isnin di tangki air Blok 686B selepas penghuni blok tersebut mengadu air dari tangki itu kekuning-kuningan serta berbuih (yaaarrrkkhhh!). Menurut sumber polis, kesan darah turut terdapat di dalam tangki air sedalam dua meter itu.

Identiti mayat masih belum diketahui, namun gadis malang tersebut dipercayai berusia 20 tahun dan bekerja sebagai pembantu rumah di republik itu.

Menurut The Strait Times, seorang lelaki warganegara Bangladesh berusia 27 tahun telah ditahan berkaitan dengan kes itu. Lelaki tersebut dan mangsa dipercayai mempunyai hubungan cinta. Punca kematian masih lagi belum dikenal pasti.

P/s: Yang membuatkan saya rasa mahu TERMUNTAH apabila media melaporkan 700 orang yang tinggal di blok itu menggunakan air tangki yang dicemari mayat reput itu untuk minum, membasuh, memasak, dan membersihkan diri . Yaaahhhhhrrrkkkkk!

No comments:

Popular Posts