Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

12 June 2011

melampau tu...melakukan senaman tekan tubi di depan orang ramai...betul betul dah gila...!!!



Sejak semalam panas di media fasal sepasang kekasih veteran yang dikenakan hukuman penjara tiga bulan selepas didapati bersalah mengadakan hubungan seks di pantai di hadapan puluhan keluarga.

Lita Dawson dan teman lelakinya, Nicholas Harrison, kedua-duanya berusia 51 tahun dilihat berbaring atas satu sama lain di Pantai Seaford, Sussex Timur.

Seorang kanak-kanak berusia lima tahun dikatakan memberitahu ibunya yang terkejut: “Ibu, perempuan itu melakukan senaman tekan tubi ke atas lelaki itu.” Majistret di Eastbourne diberitahu, pasangan itu minum arak sebelum kedua-duanya menanggalkan pakaian masing-masing.

Pendakwa raya, Heather Salvage berkata: “Perbuatan mereka boleh dilihat orang ramai di sekeliling tetapi mereka tidak peduli.

“Seorang ibu yang berkelah bersama anaknya berusia lima tahun menyedari pasangan itu mengadakan seks cuba melindungi mata anaknya. Wanita itu begitu marah.”

No comments:

Popular Posts