Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

10 July 2011

macam macam gila....minum darah nak jadi super vampire ke...????

LELAKI Masai mampu bergerak aktif selama beberapa hari dengan hanya minum darah lembu segar.

LELAKI puak Masai yang tinggal di sempadan Kenya dan Tanzania terkenal memiliki stamina dan daya tahan tubuh terhadap persekitaran yang ekstrem. Mereka boleh berlari berhari-hari untuk mencari bekalan air sambil memakai kasut yang diperbuat daripada tayar kereta.

Makanan pula bukanlah satu masalah asalkan mereka dapat menghirup darah yang mengalir daripada leher lembu yang ditebuk hidup-hidup.

“Kadang-kadang kami berlari selama lima atau enam hari, siang dan malam,” kata Isaya, pelari maraton daripada kaum Masai yang tinggal di Kampung Elaui, utara Tanzania.

Isaya bersama lima rakannya menyertai Maraton London beberapa tahun lalu sebagai sebahagian kempen untuk mencari dana bagi mendapatkan sumber air bersih di tempat kelahirannya.

“Kami selalu keluar selama beberapa hari, makan dua kali sehari dan tanpa bekalan air.

Tebuk

“Jika kami tiada susu atau daging, kami menebuk leher lembu dan meneguk darah yang keluar dari situ. Jika minum cukup darah, mungkin dua atau tiga liter, ia akan memberi saya banyak tenaga dan saya boleh berjalan selama beberapa hari tanpa makanan dan air,” katanya.

Darah segar iaitu makanan tradisional puak Masai diperoleh daripada haiwan yang mereka ternak.

Semasa darah itu diambil, seramai lima atau enam lelaki akan memegang lembu berkenaan. Darah akan diambil daripada vena jugular di leher haiwan berkenaan.

Seorang lelaki kemudian menggunakan anak panah yang tajam untuk menebuk leher lembu terbabit. Ia sama seperti doktor menusuk jarum ke lengan pesakit bagi mendapatkan darah. Apabila anak panah itu ditarik keluar, darah akan memancut keluar dan dikumpul ke dalam sebuah bekas.

Mereka boleh memperoleh sehingga tiga liter darah daripada seekor lembu. Selepas selesai, mereka akan menutup lubang di leher itu dengan tahi lembu bagi menghentikan aliran darah.

Sama seperti aktiviti derma darah, leher lembu yang sama akan ditebuk sekali lagi untuk mendapatkan darahnya dalam tempoh empat hingga enam minggu kemudian.

Darah seekor lembu boleh diambil sebulan sekali tanpa membahayakan haiwan itu. Selalunya, darah segar itu dicampur susu dan diminum begitu sahaja tanpa perlu dimasak terlebih dahulu.

Kadangkala darah dicampur dengan susu masam dan dimasak sehingga kental seperti telur dadar.

Sebenarnya, darah lembu bukan hanya diambil oleh puak Masai. Orang Eropah sendiri menggunakan darah lembu untuk membuat puding hitam dan sosej darah.

ANAK panah digunakan untuk menebuk leher lembu bagi mendapatkan darahnya.

Orang Mongolia pula minum darah kuda mereka jika perlu manakala puak nomad di Rusia, Scythian, akan meneguk darah musuh pertama yang mereka bunuh dalam pertempuran.

Sesetengah agama dan kumpulan tertentu turut menggunakan darah dalam ritual mereka. Dalam kes psikiatri pula, terdapat pesakit yang gemar menjilat darah daripada luka seseorang.

Dari segi saintifik, tubuh orang Masai dianggap luar biasa. Tahun lalu, seorang pakar nutrisi dari Universiti Friedrich Schiller di Jerman, Nadja Knoll mendapati puak itu sangat sihat walaupun mereka kekurangan makanan.

Ujian darah menunjukkan terdapat kandungan asid lemak omega-3 yang tinggi dalam sel darah merah mereka.

“Kami terkejut dengan penemuan ini. Mereka adalah bukti kebolehan tubuh manusia beradaptasi,” kata Prof. Dr. Gerhard Jahreis dari Jabatan Psikologi Nutrisi yang menyelia kajian berkenaan.

Pengembara di Afrika seperti rakyat Britain, Joseph Thomson (1858-1895) menggambarkan imej puak Masai yang dahagakan darah.

Menurut laporan Thomson, para penggembala Masai mengambil banyak daging, susu dan darah. Susu yang ditapaikan - sejenis yogurt, juga merupakan sebahagian daripada diet mereka.

Bagaimanapun, penemuan Knoll agak berbeza. Menurut beliau, orang Masai minum teh untuk sarapan pagi. Sesetengahnya makan bubur pada waktu pagi, air, susu dan gula.

Untuk makan tengah hari, mereka mengambil susu dan ugali iaitu sejenis makanan daripada jagung dan air. “Makan malam pula sama seperti hidangan tengah hari,” kata Knoll.

Secara tradisinya, kehidupan puak Masai bertumpu pada haiwan ternakan yang merupakan sumber utama makanan mereka.

Dalam puak itu, kekayaan seseorang diukur berdasarkan bilangan lembu yang dibela selain jumlah anak yang dimiliki. Penggembala 50 ekor lembu dianggap seorang yang kaya dan dihormati apatah lagi jika dia mempunyai ramai anak.

Manakala lelaki yang tiada haiwan ternakan dikira miskin. Orang Masai percaya semua lembu di bumi adalah anugerah tuhan buat mereka, jadi mencuri lembu daripada puak lain dibolehkan walaupun jarang dilakukan. – Agensi

No comments:

Popular Posts